Kerajaan Sabah Akan Umum Keputusan Kemungkinan Semak Semula Tarif Elektrik
KOTA KINABALU, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan mengumumkan keputusannya tidak lama lagi mengenai kemungkinan menyemak semula tarif elektrik di negeri ini yang tidak berubah sejak 25 tahun lepas.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata beliau akan mengadakan mesyuarat Kabinet negeri untuk membincangkan isu itu dan implikasi ekoran kemungkinan semakan semula kadar tarif itu ke atas rakyat.
"Saya akan membawa perkara ini kepada mesyuarat Kabinet negeri dan kemudian akan meminta menteri (negeri) yang bertanggungjawab, Datuk Raymond Tan Shu Kiah (Menteri Pembangunan Perindustrian) untuk membuat pengumuman mengenai keputusan kerajaan negeri itu tidak lama lagi," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi karnival Jom Heboh TV3 di sini.
Khamis lepas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata kementeriannya menimbang kemungkinan untuk menyemak semula tarif elektrik di Sabah memandangkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang berdepan masalah kewangan untuk menjana bekalan elektrik yang mencukupi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negeri ini berikutan kenaikan kos.
Chin berkata saban tahun SESB menanggung kerugian sebanyak 5 sen bagi setiap unit elektrik yang dijual kepada pengguna dan semakan semula tarif itu merupakan antara langkah yang sedang diteliti oleh kementeriannya bagi memastikan SESB dapat beroperasi atas sumber kewangan sendiri.
Harap kerajaan Sabah akan menurunkan tarif elektrik.
BalasPadamSemoga kerajaan dapat mencari cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamrasanya tarif elektrik ni tak akan dikurangkan memandangkan selama 25 tahun tarif elektrik tidak berubah. mungkin sekarang sudah tiba masanya untuk membuat perubahan. apapun, tunggu dan lihat saja keputusannya nanti.
BalasPadamSatu tindakan yang mengalakkan. Semak semula dan harap2 dapat memberikan berita baik kepda rakyat setempat.
BalasPadamKurangkan beban rakyat kerana itu lah yang dikehendaki rakyat.
BalasPadamHarap2 berita yang melegakan untuk rakyat Sabah.
BalasPadamKalau semua naik, gaji pun kena naik lah macam ni.
BalasPadamBerita yang memberikan harapan, semoga ia benar2 mengembirakan rakyat.
BalasPadamWalaupun agak sukar membuat perubahan terhadap tarif yg telah sekian lama digunanakan, namun saya tetap harap ia dapat diturunkan. hehe
BalasPadamJusteru kerajaan harus pastikan penantian rakyat ada hasilnya. Jangan dibiarkan saja mereka mengharap dan harapan itu pula punah. hhmm, pasti sedih suasanananya.
BalasPadamApapun, kita nantikan saja perkembangan seterusnya dan sama-sama lah kita harapkan yang terbaik.
BalasPadamBaik kita tunggulah pengumuman daripada kerajaan Sabah nanti.
BalasPadamkita lihat sahaja keputusan semak semula tarif elektrik ni.
BalasPadamtunggu sajalah perkembangan selanjutnya mengenai pekara ini..
BalasPadamRakyat akan terbeban oleh arif elektrik yang semakin meningkat. HArap kerajaan negeri dapat membantu masalah rakyat ini.
BalasPadambunyinya macam tarif elektrik di negeri ini akan dinaikkan.. apa2pun kita tunggu la apa hasil dari meyuarat itu nanti.
BalasPadamMenaikkan kadar tarif tidak akan membantu.
BalasPadamI hope it won't burden the people.
BalasPadamSemoga kadar akan dikaji dengan baik.
BalasPadamI truly believe the government will make a wise decision about this.
BalasPadamIni memerlukan jangka masa yang panjang.
BalasPadamIni memerlukan jangka masa yang panjang.
BalasPadam