Isnin, Jun 27, 2011

DOKTOR MINTA SUAPAN CUTI SAKIT DIBERKAS

Doktor minta suapan cuti sakit diberkas

SETIAP hari selepas keluar rumah untuk ke tempat kerja, Yunus (bukan nama sebenar) akan memandang ke arah sebuah rumah tiga tingkat yang telah diubahsuai dengan rekaan terkini milik rakan baiknya, Amri.

Persahabatan yang bermula sejak bersama-sama mengikuti pengajian dalam bidang perubatan semakin erat setelah kedua-duanya membeli kediaman di kawasan yang sama.

Bagaimanapun, Yunus yang bekerja sebagai pegawai perubatan di jabatan kerajaan hanya memperoleh gaji bulanan sekadar mencukupi untuk menyara hidup isteri dan empat anaknya.

Dengan gaji sebanyak itu, Yunus tidak mampu mengubah suai kediaman yang didiami sejak 15 tahun lalu atau menukar kereta kepada yang lebih selesa untuk keluarganya.

Perasaan cemburu mula singgah di hatinya tatkala melihat Amri menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada isterinya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Pada satu hari, Amri menghubungi Yunus menawarkan jawatan doktor sambilan di sebuah klinik yang baru dibuka di kawasan berhampiran kediaman mereka.

Dengan hati yang gembira, Yunus menerima tawaran itu dan bercita-cita untuk mendapat sebuah kediaman impian dan mewah seperti rakannya itu.

Hampir setiap hari Yunus meninggalkan hospital satu atau dua jam lebih awal untuk bekerja lebih awal di klinik Amri.

Setiap hari pula, ramai pesakit yang datang mendapatkan rawatan malah ada yang hanya datang mengambil cuti sakit sahaja.

Yunus telah mengenakan bayaran yang tinggi sehingga RM50 bagi sehari cuti sakit sehingga pada satu hari, kegiatannya berjaya dihidu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Impian Yunus untuk membina sebuah kediaman impian musnah selepas ditahan SPRM di klinik berkenaan atas aduan dia meninggalkan tugas untuk melakukan pekerjaan lain dalam masa yang sama dan melanggar etika perubatan kerana meminta suapan bagi mengeluarkan cuti sakit tanpa pemeriksaan.

Kes Yunus dirujuk kepada Lembaga Tatatertib dan akhirnya dibuang kerja. Kejadian yang menimpa Yunus ini perlu menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengambil rasuah ketika bertugas.

13 ulasan:

  1. Harap cerita ini akan memberi ajaran kepada mereka yang melakukan perkara yang salah disisi undang-undang.

    BalasPadam
  2. sudah ada jawatan dan kerja tetap tapi masih belum berpuas hati dengan apa yang dimiliki. jangan semata-mata kerana mengejar kemewahan semuanya musnah. bak kata pepatah 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

    BalasPadam
  3. Waaaa macam ini pun boleh ka? jika ada duit semuanya boleh....MC pun boleh beli....Tapi jika tidak ada permintaan tidak juga akan ada penawaran. Orang ramai juga tidak ada kesedaran untuk berlaku jujur sehinggakan ingin mendapatkan MC palsu.

    BalasPadam
  4. Kepada yang pernah terlibat dengan MC palsu ini insaflah sebelum anda terlibat dengan masalah yang lagi besar.

    BalasPadam
  5. Bila terlalu mengejar kemewahan duniawi, inilah jadinya.

    BalasPadam
  6. Yang dibagi cuti pun patut kena tahan juga ba.. hhuhu

    BalasPadam
  7. Apapun, harap perkara ini dapat dijadikan pengajaran. Janganlah terlalu tamak, nanti diri sendiri juga yang rugi.

    BalasPadam
  8. Pastikan pendapatan kita adalah dari punca yang halal dan betul.

    BalasPadam
  9. jadikan cerita ini sebagai pengajaran, rasuah hnya membawa padah.

    BalasPadam
  10. cerita ini harus dijadikan pengajaran kepada semua agar sentiasa jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.

    BalasPadam
  11. Tengok kerana perakra yang tidak disangka hilang kerja begitu saja. Impian tinggal kenangan. Jangan terlalu iri hati dengan orang lain. Kita tengok sendiri kemampuan sendiri.

    BalasPadam
  12. habis musnah impian.. kalau mahu cari duit lebih pun buatlah dengan cara yang betul.

    BalasPadam
  13. Corruption is the mother of all evils.

    BalasPadam