Daftar segera PATI di Jabatan Imigresen
KUALA LUMPUR 20 Jun — Kementerian Kesihatan meminta para majikan yang ‘menyimpan’ pendatang asing tanpa izin (PATI) supaya mendaftarkan mereka di Jabatan Imigresen dengan segera.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, selain melanggar undang-undang, langkah itu juga sebagai langkah mengelak wabak Tibi daripada mereka di negara ini kerana ia dikatakan sedang merebak di kalangan PATI.
“Ini kerana golongan pendatang asing yang masuk secara haram sukar untuk diketahui tahap kesihatan mereka.
“Walaupun penyakit itu boleh diubati pada peringkat awal, ia merupakan satu masalah yang serius dan perlu ditangani segera kerana wabak tersebut boleh merebak melalui sedutan udara dan ketika batuk,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata, peningkatan kes Tibi di negara ini adalah berpunca daripada kemasukan PATI yang tahap kesihatan mereka diragui.
Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, sebelum ini, kerajaan telah mewajibkan majikan untuk membeli insurans kesihatan kepada kesemua pekerja asing bagi memastikan golongan terbabit mendapat pemeriksaan kesihatan yang sempurna.
Beliau berkata, kesedaran di kalangan majikan adalah amat penting dalam membendung masalah itu.
Tiong Lai turut meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berwajib jika mengesyaki penyakit berjangkit berpunca dari sumber tertentu.
Masalah PATI mesti diselesaikan. Hantar balik mereka ke negara asal.
BalasPadamPATI di sini bukan saja pembawa penyakit, tapi juga punca jenayah meningkat, hak rakyat tempatan terjejas, kekotoran, pencerobohan tanah kerajaan ataupun tanah persendirian. Ini tidak boleh dipandang remeh.
BalasPadamBahaya ni Tibi ni, boleh merebak melalui udara.
BalasPadamkemasukan PATI menyebabkan pelbagai masalah termasuklah masalah kesihatan. harap masalah ini akan dapat ditangani.
BalasPadammajikan perlulah mendaftarkan warga asing yang mereka ambil sebagai pekerja. pastikan mereka sah berada di negara ini dan bebas daripada penyakit yang boleh berjangkit.
BalasPadamSelesaikan isu PATI ini. Hari demi hari PATI mula menunjukkan taring.
BalasPadamTerutama yang mengaji pembantu rumah tanpa pas, harus melakukan apa yang telah di sarankan.
BalasPadamKalau PATI ini didapati berpenyakit, apa tindakan seterusnya? Menghantar mereka pulang? Atau menggagalkan permohonon pendaftaran pekerja asing dan mereka pun merayau lagi untuk mencari pekerjaan baru?
BalasPadamPATI macam artis sudah. Hari2 ada saja pasal mereka.
BalasPadamrasanya majikan tidak akan berbuat demikian kerana takut dikenakan tindakan undang2. lebih baik pihak imigresen melakukan serbuan. dan saya lebih suka jika semua PATI ini dihantar pulang bukannya didaftarkan..
BalasPadamPATI tidak membawa sebarang pun kebaikan kepada rakyat..malangnya kerajaan masih berlembut dengan memberikan mereka pengampunan..
BalasPadampendekatan yang lebih tegas dan drastik harus dilakukan untuk menyelesaikan isu PATI khasnya di sabah..
BalasPadamjadi bagaimana kerajaan menyelesaikan masalah ini?
BalasPadammustahil majikan yang menyembunyikan PATI akan mendaftarkan PATI di jabatan imegresen..
BalasPadambetu2 byk bawa masalah PATI ni, masalah kesihatan pun berpunca dari mereka.
BalasPadamSemakin hari semakin bertambah masalah kedatangan PATI di negara kita ini. Harap PATI dihantar pulang ke negara mereka masing-masing.
BalasPadamPATI perlu ditangani sebaiknya. Sampai bila negara kita ini menanggung kesusahan dengan kehadiran PATI ini? Kerajaan perlua mengambil serius perkara ini.
BalasPadamHope that everything goes smoothly.
BalasPadam