MUADZAM SHAH 19 Jun – Peningkatan kes Tibi di negara ini dipercayai berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap kesihatan mereka memang diragui.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata, penyebaran penyakit itu tidak mungkin disebabkan oleh pekerja asing yang masuk secara sah kerana mereka telah melepasi pemeriksaan kesihatan.
“Mereka yang memasuki negara ini secara sah telah menjalani pemeriksaan menerusi Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) yang mengendalikan konsesi pemeriksaan kesihatan pekerja asing sejak 1997,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Rompin di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan melakukan pelbagai program bagi membendung wabak itu, tetapi ia muncul kembali akibat kehadiran golongan berkenaan.
“Jika di negara terbabit, mereka tidak diberi suntikan pencegahan wajib seperti suntikan bacillus calmette-guerin (BCG),” katanya.
Justeru, beliau meminta orang ramai supaya berhati-hati agar tidak dijangkiti penyakit berbahaya tersebut.
Sementara itu, katanya, sebanyak tiga kompleks penempatan rakyat asing telah dibina untuk menempatkan mereka yang melanggar Akta Imigresen.
Katanya, antara kompleks tersebut ialah dua di Tawau dan Papar, Sabah yang dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara manakala di Langkap, Teluk Intan, Perak pula diletakkan di bawah Jabatan Imigresen.
Inilah masalah-masalah yang tidak diingini berpunca daripada PATI.
BalasPadamKes PATI perlu diselesaikan untuk kepentingan rakyat dan negara.
BalasPadamBetapa hebatnya PTI, membawa penyakit dan menjangkiti penduduk tempatan. Selesaikan isu PTI, semakin hari semakin banyak kesan buruk yang mereka berikan kepada kita...
BalasPadamUsaha pembersihan untuk menghalau PTI adalah lebih bermakna daripada perhimpunan bersih yang akan diadakan oleh penduduk yang tidak berpendidikan.
BalasPadamPATI ni memang bawa banyak sangat masalah. bukan saja masalah jenayah malah penyakit. harap pihak-pihak berkuasa mengetatkan lagi kawalan kemasukan warga asing di negara ini demi untuk keselamatan negara dan rakyatnya.
BalasPadamKalau datang sini bawa diri saja, tak apa....kalau datang sini bersama2 penyakit lagi, itu sudah lebih!!
BalasPadamMalar lah isu PATI saja. Sampai 7 keturunan pun tidak selesai. Penduduk tempatan yang terancam dengan kehadiran mereka.
BalasPadamKalau pergi hospital kerajaan, PATI yang banyak baring2 di lantai. Hospital pun sesak oleh mereka. Kalau kedatangan mereka ini lebih banyak keburukannya, orang tempatan sendiri merana. Entah bilalah masalah PATI ini akan selesai.
BalasPadamPATI yang masuk tidak semestinya sihat. Maka ini akan membimbangkan kesihatan para warga tempatan nanti. PATI memang memberikan masalah yang besar kepada kita.
BalasPadamkemasukan PATI ke dalam negara kita membawa pelbagai kesan..
BalasPadamAda logiknya juga hal ini. Yalah kalau rakyat M'sia pemeriksaan kesihatan dibuat dari kecil lagi tapi kalau pati entah ada ka tak dorang buat pemeriksaan kesihatan.
BalasPadamSemoga perkara ini dapat perhatian sewajarnya dan ditanggani dengan baik.
BalasPadamjadi sudah tahu PATI ini membawa banyak masalah mengapa belum ada tindakan drastik dari kerajaan? ini mahu bagi pengampunan pula..
BalasPadamPATI sememangnya tidak membawa apa2 kebaikan kepada rakyat dan negara..oleh itu, penyelesaian konkrit harus dilakukan..
BalasPadampelan 6P tidak akan menyelesaikan masalah PATI..dasar kerajaan harus digubal berhubung dengan isu ini..
BalasPadamkompleks penempatan rakyat asing hanya membazir wang rakyat..bermakna isu PATI masih berterusan..kerajaan tidak harus lagi berlembut dengan memberikan PATI pengampunan..rakyat mahukan penyelesaian konkrit dan bukannya penyelesaian yang bersifat menutup kelemahan kerajaan..
BalasPadamsaya mahu tahu apa perkembangan terkini jumlah PATI di Sabah dan apa hasilnya setelah jabatan imigresen melaksanakan operasi dua kali seminggu..
BalasPadamPATI ni mmg punca kepada segala masalah, jenayah, kemiskinan dan kini mereka juga punca penyakit. benar2 pembawa masalah.
BalasPadam