Selasa, Jun 21, 2011

GESA MANSUH BERI PASPORT JIKA KE SABAH ?

Gesa mansuh beri pasport jika ke Sabah

KUALA LUMPUR 2011/06/21: Kerajaan digesa memansuh peraturan yang mensyaratkan rakyat Malaysia mengemukakan kad pengenalan atau pasport untuk memasuki Sabah.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, berkata peraturan itu tidak mempamerkan semangat 1Malaysia diperjuangkan kerajaan.

“Kalau saya dari Kuala Lumpur balik ke Sabah, saya seolah-olah balik dari luar negara, ditanya kad pengenalan dan pasport. Adakah kita ini berada dalam dua negara atau Malaysia hanya satu negara.

“Realitinya kita duduk di bawah satu bumbung, satu pemerintah dan satu ketuanan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Akta Perbekalan Tambahan 2011.

Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pemansuhan peraturan membabitkan agensi Imigresen itu akan merapatkan hubungan pelbagai kaum di negara ini.

15 ulasan:

  1. Saya rasa peraturan ini wajar dikekalkan kerana takut ada pendatang tanpa izin yang memasuki Sabah menerusi Semenanjung Malaysia.

    BalasPadam
  2. Sekurang-kurangnya IC perlu disiasat. Rasanya perbuatan ini bukanlah susah sangat.

    BalasPadam
  3. Bung Moktar ni macam tiada belajar sejarah pembentukan M'sia. Apa sebab2 peraturan tersebut wajib dilaksanakan. Pada pendapat saya, peraturan tersebut perlu dikekalkan. Payah sangat ka tunjukkan IC/passport. Jangan jadikan ni sebagai isu publisiti.

    BalasPadam
  4. ini adalah peraturan dan rasanya ia tidaklah sukar sangat untuk diikuti..

    BalasPadam
  5. rasanya kalau pasport tu tak payah la. kecuali kalau warga asing, memang patut pun perlu serahkan pasport.

    BalasPadam
  6. Ketuanan apa yang dimaksudkan? Kekalkan saja peraturan yang sudah ada. Menampakkan 1Malaysia atau tidak, itu tidak perlu dijadikan isu.

    BalasPadam
  7. Tumpukan pada isu2 yang lebih kritikal seperti PATI di Sabah. Bela nasib rakyat Sabah.

    BalasPadam
  8. bukan tunjuk MyKad saja ka?? kalau sudah itu prosedur dia ikut saja la.. nanti kena hantar pergi pilipin nyesal pula..

    BalasPadam
  9. Bung cuba menjual sabah...penduduk kinabatangan sila singkirkan Bung pada PRU akan datang..

    BalasPadam
  10. Bung, sila ikut prosedur imegresen sabah...kalau rasa leceh, sila jangan kembali ke sabah kerana kau tidak penting bagi rakyat sabah.

    BalasPadam
  11. peraturan tersebut harus dikekalkan..seperti mana yang termaktub dalam perjanjian 20 perkara...Bung selaku MP sabah harus faham akan keperluan peraturan tersebut tetapi malangnya beliau seorang hipokrit yang cuba 'menjual' hak sabah..orang seperti ini harus ditolak oleh rakyat sabah..sama seperti harris salleh..

    BalasPadam
  12. adakah kenyataan ibrahim ali mengambarkan 1Malaysia? kenapa Bung tidak bidas Ibrahim Ali?

    BalasPadam
  13. peraturan ini tak perlu dimansuhkan kerana ia yang dpt mengawal kemasukan orang luar ke Sabah.

    BalasPadam
  14. Bung harus memikirkan perkara ini sebelum mengatakannya. Kalau perkara ini dimansuhkan dengan senang saja pendatang yang masuk ke Semenanjung terus tembus ke Sabah atau Sarawak. Jadi dengan cara adanya passport dan Mykad ini dapat menghalang PATI masuk ke dua negeri ini.

    BalasPadam
  15. Jangan fikir cara mudah dalam hal ini. Mungkin ada sebab kenapa perlu masih mengunakan passport.

    BalasPadam