Bekas Menteri Perdagangan Mesir dipenjara 5 tahun
KAHERAH 26 Jun - Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas Menteri Perdagangan, Rachid Mohamed Rachid dalam satu perbicaraan tanpa kehadirannya, semalam atas kesalahan mengaut keuntungan dan membazirkan dana awam.
Agensi berita Mena melaporkan, Rachid, ahli tetap Forum Ekonomi Dunia kehilangan jawatannya pada Januari lalu dan telah melarikan diri ke luar negara, sehari selepas kebangkitan rakyat secara besar-besaran yang akhirnya menyingkirkan Hosni Mubarak.
Sebagai bekas Menteri Perdagangan, beliau merupakan orang penting Mesir dalam pasaran komoditi bagi mengawasi harga gandum di negara ini yang merupakan pengimport gandum terbesar dunia.
Kalau tindakan seperti ini dilaksanakan dalam negara kita, mesti bagus kan?
BalasPadamya. tapi jarang lah seseorang yang berjawatan di negara ini dipenjara atas kesalahan seperti rasuah atau sebagainya. kalau pergi mahkamah mesti menang ja selalu dan terlepas dari hukuman.
BalasPadamSemua kesalahan pasti akan ada balasannya.
BalasPadamTidak ada pilihkasih sepatutnya kerana yang bersalah tetap bersalah.
BalasPadamMalangnya bukan itu yang berlaku di negara kita. Kalau ada duit dan kuasa, undang2 pun boleh dibeli. Namun yang pasti mereka tidak terlepas daripada pengadilan sesudah jasad tidak bernyawa.
BalasPadamNa kotoh.. Siapa suruh tamak.
BalasPadamJadikanlah hal ini pengajaran. Ingatlah setiap yang kita lakukan pasti ada balasannya.
BalasPadamJarang nampak tindakan seperti ini berlaku di negara kita.
BalasPadamsiapa yang bersalah memang wajar dihukum atas kesalahannya.
BalasPadamBaguslah kalau macam itu. Jangan kerana pangkat seseorang pihak polis tidak dapat bertindak sebaiknya.
BalasPadamjika Hosni Mubarak masih memerintah, kemungkinan besar bekas menteri perdagangan ini juga masih giat mengaut keuntungan dan membazirkan dana awam.
BalasPadamJadikan ini sebagai amaran kepada menteri yang lain.
BalasPadam