MB Terengganu kecewa stadium runtuh belum dibaiki
KUALA TERENGGANU 27 Jun — Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini melahirkan rasa kecewa kerana kajian terhadap Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang sebahagian daripada bumbungnya runtuh lebih dua tahun lepas masih belum siap.
Katanya, Jabatan Kerja Raya pernah memaklumkan bahawa kajian oleh perunding akan siap pada bulan Jun ini.
"Tetapi apabila mesyuarat minggu lepas, saya dimaklumkan kerja-kerja kajian diserahkan kepada konsultan hanya pada bulan lepas (Mei) dan ia dijangka siap pada September depan.
"Saya merasa agak dukacita di atas kelewatan yang berlaku. Jadi saya tidak dapat komen apa-apa mengenai perkara ini, tanyalah JKR sendiri. Saya kecewalah sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Stadium Negeri dan Terengganu Ekuestrian Resort di sini sempena program sukan tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (Serikandi) selama lima hari mulai 5 Julai ini.
Harap stadium runtuh ini akan dibaikpulih semula.
BalasPadamdah lama stadium ini runtuh, smpai sekarang belum lagi diperbaki, perbaikilah segera.
BalasPadamEntah macam mana stadium ini dibina sehingga boleh runtuh.
BalasPadamStadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak ini telah dibina pada tahun 2008 dan runtuh pada 2 jun 2009. nampaknya, pembinaan stadium ni tidak berkualiti dan tiada ciri-ciri keselamatan oleh pembinanya. sepatutnya, stadium ini sudah diperbaiki semula setelah mengalami 50% strukturnya musnah.
BalasPadamTak nak pisang berbuah dua kali, jadi pihak konsultan dan JKR mengambil masa yang lama untuk mengkaji balik struktur binaan dan keselamatan stadium ini? Dua tahun? Lama tu.
BalasPadampihak JKR harus melakukan apa yang perlu iaitu melakukan baik pulih...
BalasPadamMungkin pengunaan barang murahan punca perkara ini berlaku. Apa pun harap stadium ini akan dapat diperbaiki secepat yang boleh.
BalasPadamKenapakah stadium yang runtuh blm dibaiki semula. hhmm..
BalasPadamMoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya. Jangan dibiarkan saja nanti lain pula andaian yang timbul.
BalasPadamtanya la JKR kenapa lembab sangat..
BalasPadam