Isnin, Mei 23, 2011

LANGKAH RASIONALISASI SUBSIDI DIJANGKA DIUMUM MINGGU INI - ISMAIL SABRI

Langkah Rasionalisasi Subsidi Dijangka Diumum Minggu Ini - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini...kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.

Ismail Sabri berkata kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 yang berlangsung selama tiga hari di Medan Tunku, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, Isnin.

Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Pada 16 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia.

10 ulasan:

  1. Bagus la juga subsidi ini ditarik balik sedikit demi sedikit...sekurang-kurangnya dapat juga mendidik rakyat untuk tidak terlalu selesa di dalam kepompong subsidi yg membuatkan rakyat lalai & dalam kebanyakan masa cenderung untuk membazirkan sumber yg telah disubsidikan itu...

    BalasPadam
  2. Harap kerajaan akan melakukan apa yang betul.

    BalasPadam
  3. Ni akan menyebabkan harga barang2 naik. Kerajaan perlu memantau kenaikan harga barang dengan lebih kerap. Terutama di kampung2. Ni untuk mengelak ada pihak2 yang mengambil kesempatan.

    BalasPadam
  4. pastikan rakyat tidak terbeban dengan sebarang keputusan yang dibuat.

    BalasPadam
  5. dijangka bayaran tambang untuk kenderaan-kenderaan awam juga akan meningkat.

    BalasPadam
  6. diharap rasionalisasi subsidi ni tidak akan menjejaskan hidup rakyat.

    BalasPadam
  7. penyelarasan subsidi kena dilakukan dgn sistematik agar rakyat tidak terasa sngt kesannya.

    BalasPadam
  8. Kita tunggu apa penjelasan yang akan diumumkan oleh wakil kerajaan.

    BalasPadam
  9. Harap langkah rasionalisasi subsidi ini tidak terlalu membebankan rakyat miskin.

    BalasPadam
  10. rasanya sudah sampai masanya Kerajaan menjelaskan melalui kempen penerangan sebenar tentang perlunya kita tidak bergantung pada subsidi. dan penerangan perlulah jelas hingga ke akar umbi. biar rakyat yang sekolah atap, hingga rakyat yang ada PHD boleh faham akan bahana subsidi kepada rakyat dan negara.

    BalasPadam