Selasa, Mei 24, 2011

JPA BEKU PENGAMBILAN HINGGA OGOS

JPA beku pengambilan hingga Ogos

KUALA LUMPUR 23 Mei – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan pemansuhan semua jawatan kosong berkuat kuasa 1 Jun ini.

Berikutan keputusan tersebut semua urusan pengambilan dibekukan bermula 20 Mei hingga 31 Ogos.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu.

Menurut beliau, pembekuan merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.

Bagaimanapun, kata beliau, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.

‘‘Keputusan (pemansuhan) ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan kepada ketua setiausaha, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, setiausaha suruhanjaya perkhidmatan, pihak berkuasa berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Pekeliling itu diperoleh menerusi laman web JPA.

Abu Bakar menasihatkan semua agensi supaya tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam tempoh tersebut.

Katanya, jabatan itu juga akan melakukan auditan perjawatan secara komprehensif di setiap agensi kerajaan semasa pelaksanaan keputusan ini.

‘‘Sehubungan itu, semua pihak dipohon untuk memastikan pelaksanaan arahan ini dipatuhi dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan ini semasa pelaksanaan auditan perjawatan itu,’’ jelasnya.

13 ulasan:

  1. Harap tindakan ini dipatuhi oleh semua.

    BalasPadam
  2. Kepada yang belum ada kerja tu tapi masih menunggu tawaran daripada JPA, cari la kerja lain dulu sementara menunggu...cari la skill baru supaya anda lebih bersedia untuk menghadapi masa depan..lagipun sampai bila nak ditanggung ibu bapa kalau umur dah lebih 25 tahun?

    BalasPadam
  3. ya..kepada yang berharap untuk mendapat tawaran daripada JPA perlulah mencari kerja lain pada masa ini atau pun cuba untuk berniaga sendiri.

    BalasPadam
  4. jadi mereka yang mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan haruslah membuatnya pada awal september.

    BalasPadam
  5. pengambilan JPA akan dibekukan buat sementara. kepada para pemohon harus mencari kerja lain buat sementara waktu.

    BalasPadam
  6. Audit Jawatan?Baguslah kalau macam itu. Harap akan mendapat kerja sama dari semua pihak.

    BalasPadam
  7. jadi cari peluang di sektor bukan kerajaan.

    BalasPadam
  8. harap surat pekeliling akan dipatuhi.

    BalasPadam
  9. kerjasama sepenuhnya harus diberikan.

    BalasPadam
  10. Harap semua akan memahami alasan JPA membuat begitu.

    BalasPadam
  11. teruskan saja.. bukan bawa kesan pun kepada rakyat dan negara.. lagipun hanya untuk beberapa bulan sahaja..

    BalasPadam
  12. prihatinlah kepada rakyat..tempoh 3 bln adalah satu tempoh yg panjang bagi pengisian jawatan tambahan dalam persedian menyambut ramadhan dan bulan puasa..memerlukan banyak duit dalam menguruskan kehidupan...harap2 kerajaan menimbangkan semula pembekuan jawatan dlm JPA

    BalasPadam
  13. Hope that the government will do the right thing.

    BalasPadam