Isnin, Mei 23, 2011

TIDAK ADA PENDATANG ASING DIDAFTAR SEBAGAI PEMILIH, KATA SPR

Tidak Ada Pendatang Asing Didaftar Sebagai Pemilih, Kata SPR

PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) -- Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata semasa proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan 'Agency Link-Up System' (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih.

Bercakap dalam satu dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini baru-baru ini beliau berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu yang menurutnya mempertikai kononnya berlaku pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi, di samping mempertikai proses pendaftaran anggota polis sebagai pengundi.

Abdul Aziz berkata tapisan dan semakan yang dilaksanakan oleh sistem ALIS bukan sahaja menolak mereka yang bukan warganegara, malah ia juga menolak permohonan daripada mereka yang belum layak dari segi umur dan yang mengemukakan kad pengenalan palsu.

Katanya jika ada pihak tertentu yang mempunyai sebarang bukti berhubung perkara itu, beliau meminta supaya ia dikemuka kepada pihak SPR bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Saya ingin dapatkan senarai itu (pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi) yang lengkap dengan nama mereka, nombor pasport dan butirannya sebagai pengundi. Saya nak dapat bukti kerana adalah suatu perkara yang tidak mungkin bagi pendatang asing boleh didaftar sebagai pemilih," katanya.

10 ulasan:

  1. Dakwaan demi dakwaan dibuat oleh ramai orang, tapi masalah dgn dakwaan 'sembarangan' ini adalah, ia tidak disertakan bukti yg nyata...semua pun cerita yg didengar dari orang lain atau khabar2 angin semata..

    BalasPadam
  2. Harap2 PRU akan datang bersih daripada teknik kotor.

    BalasPadam
  3. Harap SPR akan membuktikannya.

    BalasPadam
  4. pihak yang mendakwa terdapat pendatang asing didaftar sebagai pemilih perlulah berdasarkan bukti yang kukuh.

    BalasPadam
  5. adakah SPR benar-benar pasti akan perkara ini? sebab sekarang ni rasuah dan ketirisan semakin berleluasa.

    BalasPadam
  6. pendatang asing mmg tidak layak nak mendaftar sebagai pemilih. tak ada antara yang mereka yang menjadi pemilih.

    BalasPadam
  7. Kalau pendatang asing tidak dapat mengundi kerana tidak ada IC. Orang yang ada IC saja yang layak mengundi.

    BalasPadam
  8. Harap ia seperti yang dikatakan. Kita pun tidak ingat ada orang bukan warganegara yang mengundi.

    BalasPadam
  9. mana sudah pemimpin2 politik yang sering melemparkan tuduhan kepada SPR? jangan hanya pandai buat tuduhan, kemudian bila diminta berkerjasama untuk membuktikan tuduhan itu, masing2 menyembunyikan diri..

    BalasPadam