Jumaat, Mei 27, 2011

'BUKAN KENA BAHAM ANJING'

'Bukan kena baham anjing'

Mangsa meninggal kerana lemas

KOTA KINABALU 2011/05/27: Kanak-kanak lelaki tiga tahun yang mati 14 jam selepas ditemui dalam parit dengan muka tersembam dan berlumuran darah dengan kesan cakaran di Kampung Matan, Ranau, bukan mati akibat gigitan atau dibaham anjing.

Sebaliknya, polis percaya berdasarkan laporan perubatan Mohd Raqib Mohd Rasili terjatuh ke dalam parit itu cuba diselamatkan anjing bapa saudaranya.

Laporan bedah siasat juga mengesahkan kanak-kanak itu meninggal akibat lemas selepas terjatuh ke dalam parit sedalam setengah meter dalam kejadian jam 7.30 pagi kelmarin.

Difahamkan, Mohd Raqib yang menghidap asma, mengalami kesukaran bernafas sebaik terperangkap di parit itu, menyebabkan kerosakan di otaknya kerana terputus bekalan oksigen.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hasim, berkata laporan perubatan dari Hospital Ranau mengesahkan mangsa mati akibat lemas, bukan meninggal kerana digigit anjing.

“Keluarga mangsa belum membuat laporan polis mengenai kejadian itu tetapi kita menerima pengesahan laporan perubatannya.

“Berdasarkan kesan dan corak gigitan di tubuhnya, ada kemungkinan mangsa cuba diselamatkan anjing berkenaan selepas terjatuh ke dalam parit, bukan dibaham,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Dalam kejadian itu, Mohd Raqib yang tinggal bersama bapa saudaranya dikatakan bermain dengan anjing itu sambil menuju ke rumah bapanya yang berjarak kira-kira 20 meter.

----

BOY DIES AFTER SAVAGE MAULING BY DOG

Autopsy shows 'no killer dog'

10 ulasan:

  1. Terharu saya dengar cerita ini. Anjing tersebut hanya ingin menyelamatkan budak tersebut tapi disalah faham pula. Harap anjing itu tidak akan dimatikan tanpa sebab.

    BalasPadam
  2. rupa-rupanya anjing tu mahu selamatkan budak tu. kesian pula budak tu tidak berjaya diselamatkan.

    BalasPadam
  3. Dog saved boy, unfortunately it was too late.

    BalasPadam
  4. Condolence to the victim family.

    BalasPadam
  5. Sunguh tragik peristiwa ini. Semoga roh budak ini bersemadi dengan aman.

    BalasPadam
  6. Dog are man's best friend.

    BalasPadam
  7. rupanya anjing tersebut cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Takziah kepada keluarga Mohd Raqib, harap tabah menghadapi ujian ini.

    BalasPadam
  8. walaupun budak trsebut telah meninggal dunia. namun, anjing itu sebenarnya adalah wira.

    BalasPadam
  9. Nampaknya anjing itu cuba memberikan bantuan tapi sayangnya nyawa Mohd Raqib tidak sempat diselamatkan.

    BalasPadam
  10. biasanya anjing tidak akan menyerang atau bertindak ganas terhadap seseorang yang biasa dia lihat atau kenal.

    BalasPadam