Jumaat, Mei 27, 2011

PERPINDAHAN GURU SALAH SATU PUNCA SABAH KEKURANGAN GURU BERPENGALAMAN

Perpindahan Guru Salah Satu Punca Sabah Kekurangan Guru Berpengalaman

TAWAU, 26 Mei (Bernama) -- Perpindahan guru dari Sabah setiap tahun adalah salah satu faktor negeri ini terus kekurangan guru berpengalaman, kata Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin.

Beliau berkata setiap tahun antara 700 dan 1,000 orang guru yang berpengalaman dan bertugas di Sabah berpindah dari negeri itu dan kebiasaannya tempat mereka digantikan dengan guru-guru baru.

"Guru yang sudah berpengalaman apabila berpindah keluar biasanya diganti dengan guru-guru yang baru. Apabila guru sentiasa baru maka kualiti pengajaran kita sentiasa perlu diperbahaharui.

"Sekiranya guru berpengalaman itu meneruskan perkhidmatannya maka pengalaman guru berkenaan boleh dimanfaatkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah di sini pada Khamis.

Menurutnya pihaknya sudah mengemukakan perkara itu kepada Kementerian Pelajaran dan mencadangkan supaya jika ada rakyat tempatan yang berkelayakan, mereka hendaklah diberi keutamaan dalam proses pengambilan guru.

Katanya cadangan berkenaan mendapat maklum balas positif apabila kementerian berkenaan menjalankan temuduga terbuka di kawasan-kawasan pedalaman di Sabah untuk mencari calon guru yang layak diberi latihan.

Mengenai masalah disiplin di kalangan guru di Sabah, Muhiddin berkata setakat ini lebih 20 guru telah diberi surat tunjuk sebab mengapa tindakan tatatertib tidak boleh dikenakan terhahap mereka.

Katanya antara sebab surat tunjuk sebab dikeluarkan termasuk tidak hadir mengajar di sekolah.

16 ulasan:

  1. Ya, sebaiknya membenarkan guru tempatan Sabah kekal di sini untuk mengajar di sekolah tempatan daripada dipindah ke sini sana.

    BalasPadam
  2. Dengan cara ini juga boleh mengelak daripada keperluan mengimport guru-guru dari semenanjung, lebih baik untuk guru-guru dan juga meringankan kos mereka dan juga kerajaan. Fikir-fikirlah.

    BalasPadam
  3. Guru dari Semenanjung dimasukkan di Sabah dan guru dari Sabah pula dihantar ke luar negeri?

    BalasPadam
  4. sebenarnya masih ramai calon yang layak tapi tidak diberi peluang.

    BalasPadam
  5. Mungkin perlu ada masa2 yang diberikan untuk mereka berkhidmat di satu2 kawasan.

    BalasPadam
  6. Tapi apa yang saya tahu, guru2 seharusnya sudah bersedia untuk berkhidmat di mana2 kawasan yang akan ditempatkan kepada mereka.

    BalasPadam
  7. Guru2 baru patut diberi peluang untuk mengajar di tempat kediaman mereka sendiri...tapi kalu tiada kekosongan apa boleh buat la...yg penting dapat di negeri sendiri saja la....

    BalasPadam
  8. Ambil guru tempatan tidak payah la tukar2.

    BalasPadam
  9. ya, perpindahan guru memang menyebabkan kekurangan guru berpengalaman.

    BalasPadam
  10. rasanya semua setuju jika calon tempatan diberikan keutamaan.

    BalasPadam
  11. ramai guru2 tempatan yng berkebolehan dan berpengalaman, mereka ini seharusnya diberi keutamaan.

    BalasPadam
  12. Maka cadangan untuk mengambil guru tempatan lebih baik dari mengambil guru semenanjung. antara sebabnya inilah, kekurang guru berpengalaman yang balik semula dari mengajar di Sabah semula ke semenanjung. Maka ini akan menyebabkan kekurangan guru berpengalaman. Harap utamakan guru dari Sabah sendiri supaya perkara ini tidak akan berlaku.

    BalasPadam
  13. Ooh ini punca kenapa sabah kurang guru berpengalaman. Harap kementerian pelajaran perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Tambahan lagi sabah memerlukan guru yang berpengalaman untuk mendidik murid Sabah sendiri.

    BalasPadam
  14. sudah menjadi budaya dalam mana2 jabatan kerajaan.. sering berpindah randah..

    BalasPadam
  15. Ya mungkin juga la. Tapi apa boleh buat pindah randah tu salah satu t/jawab juga.

    BalasPadam
  16. Apapun, kalau boleh tumpukanlah pada pengambilan guru tempatan jadi tak payah susah2 mahu pindah:P

    BalasPadam