Pekadin Minta Percepat Transformasi Pendidikan Di Sabah
KOTA KINABALU, 22 April (Bernama) -- Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) meminta Kementerian Pelajaran mempercepatkan transformasi pendidikan, khususnya di kawasan pedalaman Sabah sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghasilakn Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Penasihat Pekadin Latif Kandok berkata ketiadaan sekolah yang diberi taraf SBT di Sabah menunjukkan negeri ini masih ketinggalan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
"Kita kini bergerak ke arah wawasan 2020. Ini bermakna sesuatu perlu dilakukan untuk mempercepatkan transformasi pendidikan di Sabah. Sudah pasti, kami menghargai usaha oleh Jabatan Pelajaran negeri ke arah mencapai matlamat itu tetapi Pekadin merasakan terdapat keperluaan perubahan paradigma dengan segera untuk menjadikannnya lebih baik," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.
Tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 20 sekolah -- 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah -- diberi taraf SBT, dan daripada jumlah itu tiada sekolah dari Sabah.
Bagaimanapun, Latif berkata beban untuk menghasilkan SBT tidak boleh diletakkan kepada guru semata-mata tetapi juga perlu dikongsi oleh ibu bapa.
Beliau berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam memelihara dan mewujudkan minat anak-anak mereka untuk menggandakan usaha bagi mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam pelajaran.
semoga transformasi pendidikan di Sabah ini dipercepatkan kerana sekolah di negeri ini masih banyak yang ketinggalan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
BalasPadamdiharap pada masa akan datang,tranformasi pendidikan yang dilaksnakan oleh kerajaan akan menghasilkan SBT di Sabah.
BalasPadamYa, pendidikan di Sabah patut diberikan transformasi.
BalasPadampendidikan perlu ditranformasikan kepada yang lebih baik. semoga sekolah2 di Sabah akan dpt menghasilkan SBT.
BalasPadamsemoga tranformasi pendidikan di Sabah akan dapat dipercepatkan..
BalasPadambenarkah tidak ada satupun sekolah di Sabah yang memenuhi kriteria untuk diberi taraf SBT?? jika beberapa sekolah di Sarawak boleh tersenarai, kenapa tidak di Sabah? nampaknya kerajaan perlu lakukan banyak transformasi pendidikan di negeri ini.
BalasPadamsemua pihak termasuk ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak mereka mencapai kecemerlangan.
BalasPadamThe education in Sabah particular in the rural area need to undergo a transformation. Education plays a big role in providing the students a bright future.
BalasPadamHarap perkara ini akan dilaksanakan sebaiknya.
BalasPadamKita mahu pendidikan di Sabah dapat diberikan tumpuan sebolehnya oleh pihak Kemeterian pelajaran.
BalasPadamGovernment must ensure that Sabah education will transform for the better.
BalasPadamSabah harus tingkatkan lagi pendidikan mereka.
BalasPadamWe deserve better.
BalasPadamTransformasi pendidikan Sabah sememangnya diperlukan. Saya amat menyokong menggunakan bahasa Ingeris sebagai medium pembelajaran Sains dan Matematik.
BalasPadamPendidikan adalah sangat penting untuk menghasilkan masyarakat yang berpendidikan dan berdaya saing. Untuk mempercepatkan pembagunan, pendidikan juga diperlukan.
BalasPadamPendidikan di Sabah harus selari dengan slogan kerajaan.
BalasPadamThe education system in Sabah is still lagging behind.
BalasPadamYang pastinya, sistem pendidikan di Sabah dikatakan masih ketinggalan jauh.
BalasPadamTransformation is important.
BalasPadam