Syarat dapat hak warganegara dikekalkan
KUALA LUMPUR 23 Mac – Syarat mendapatkan hak kewarganegaraan akan terus kekal seperti sedia ada bagi memastikan keselamatan rakyat dan negara sentiasa terjamin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hak mendapat kewarganegaraan juga adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukannya pada kementerian.
“Syarat ini ada kaitan dengan konteks keselamatan negara dan oleh itu kita tidak boleh ambil mudah semata-mata mahu mempercepatkan proses kelulusan permohonan,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berharap supaya wakil rakyat harus memahami dan cuba mengimbangi kehendak rakyat dengan proses sedia ada supaya sesuatu perkara itu tidak menjadi rumit.
Terdahulu, Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) dalam soalan asal meminta kerajaan menyatakan masalah untuk meluluskan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan iaitu keadaan khas bagi kanak-kanak di bawah umur 21 tahun.
Hishammuddin berkata, pihaknya tidak menghadapi masalah dalam memproses permohonan taraf kewarganegaraan selagi sesuatu permohonan itu lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perkara 15A.
masalah bukan pada perlembagaan, tetapi pada pelaksanaan..
BalasPadamAs long as they complete the application and are qualified,then there will be no problem in registering a citizenship for them.
BalasPadamkena pastikan taraf kewarganegaan diberikan kepada mereka yang benar2 layak.
BalasPadamHope that this works.
BalasPadamCouldn't agree more with Samanda comment.A strict background checkup on the applicant must be done to ensure that they are really qualified.
BalasPadamIkut syarat2 yang ada dalam perlembagaan, jangan ikut jalan pintas. Pelaksanaan yang tegas harus dalam hal ini.
BalasPadamApa yang penting adalah mereka yang memohon haruslah mempunyai dan kelayakkan yang mencukupi. Kita tidak mahu perkara meluluskan terburu-buru kerana kita perlu memastikan kelayakkannya.
BalasPadampastikan perlaksanaannya dilakukan dengan teliti.
BalasPadamBaguslah syarat hak warganegara dikekalkan. Pada sesiapa yang memohan pastikan kelayakkan adalah lengkap.
BalasPadamkewarganegaraan tidak boleh diberikan dgn sewenangnya, kena pastikan mereka benar2 layak dan memenuhi syarat sebelum diberi kewarganegaraan.
BalasPadamJika tidak ada isu biarkan dikekalkan.
BalasPadamPastikan semua peraturan itu di patuhi dan tidak ada salah laku berlaku.
BalasPadamHarus & perlu tegas dalam pelaksanaan untuk memastikan penyelewengan dalam hal ini.
BalasPadamThen how about the illegals?
BalasPadamHarap perlambagaan ini terus dikekalkan untuk menjadi dasar syarat hak warganeraga.
BalasPadamOrang tempatan yang sudah lama menunggu perlulah diberikan keutamaan dulu.
BalasPadamAdakah mekanisme yang baru dapat membanteras penyeludupan masuk PTI?
BalasPadam