Khamis, Mac 10, 2011

KERJA UBAHSUAI HQE II DIJANGKA SIAP MEI 2011 - LIOW

KERJA UBAHSUAI HQE II DIJANGKA SIAP MEI

10th March, 2011 KOTA KINABALU: Kerja-kerja pengubahsuaian Hospital Queen Elizabeth (HQE) II di Luyang, dekat sini, dijangka akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya Mei ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kerja-kerja di blok tempat letak kereta hospital sudah disiapkan dan kini hanya menunggu untuk kerja-kerja menaik taraf di beberapa tingkat bangunan hospital yang perlu disempurnakan.

Katanya mengikut jadual asal kerja-kerja pengubahsuaian itu dijadualkan siap bulan lepas dan ia seharusnya mempunyai 455 katil apabila disiapkan sepenuhnya, namun setakat ini ia hanya dapat menyediakan 230 katil.

“Pihak kontraktor diberikan tempoh lanjutan demi keselamatan pesakit, sebab masih ada pesakit dalam bangunan hospital ketika ini. Jadi tempoh lanjutan diberi sehingga Mei dan selepas itu tiada lagi tempoh lanjutan akan diberikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Hospital Queen Elizabeth I di sini kelmarin.

Liow berkata kerja-kerja pengubahsuaian di hospital itu bertujuan menambah katil pesakit di tingkat enam, tujuh dan sembilan.

Sejumlah RM76.2 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja penambahbaikan di hospital Queen Elizabeth II.

Sementara itu Liow berkata kerja-kerja pengubahsuaian Jabatan Pengimejan Radiologi yang bernilai RM12 juta dan tiga Dewan Bedah bernilai RM3juta di hospital Queen Elizabeth I sudah siap untuk digunakan.

Sementara itu projek blok menara berkembar bernilai RM364 juta yang dijangka menyediakan 660 katil pesakit pula dijangka akan siap mengikut jadual pada bulan Disember tahun depan.

---

Liow: QEH2 must be completed by May 23

30 ulasan:

  1. Harap QEH II dapat disiapkan tepat pada masanya.

    BalasPadam
  2. Rakyat sudah lama menantikan hospital ini. Harap semuanya berjalan lancar.

    BalasPadam
  3. Hope the QEH2 can be finish on schedule

    BalasPadam
  4. Soon QEH II can be used. 2 more months left if there is no delay.

    BalasPadam
  5. harap ia akan siap dan boleh digunakan tepat mengikut jadual.

    BalasPadam
  6. pihak kontraktor perlulah menyiapkan kerja seperti masa yang ditetapkan. ini penting bagi membolehkan kemudahan dapat digunakan sepenuhnya.

    BalasPadam
  7. Pembinaan yang telah memakan masa selama btahun2 harus siap.

    BalasPadam
  8. I truly hope that the authorities manage to finish it in a specified time.

    BalasPadam
  9. Semoga dengan ada hospital baru ini akan dapat menampung pesakit dikawasan tersebut dan mempunyai kelengkapan perubatan yang lengkap.

    BalasPadam
  10. Tidak lama lagi kita akan ada Hopital baru..HQEII yang akan siap tidak lama lagi pada mei 2011 ini. Semoga bahan yang digunakan untuk pembanguan HQE II lebih berkualiti.

    BalasPadam
  11. semoga dgn siapnya HQE 2 ni, ia akan lebih memudahkan untuk oranga ramai mendapatkan rawatan.

    BalasPadam
  12. harap Kerja-kerja pengubahsuaian Hospital Queen Elizabeth (HQE) II akan siap pada Mei ini seperti yang dikatakan, bagi membolehkan ianya beroperasi seperti yang dijadualkan.

    BalasPadam
  13. Maka masalah dengan pesakit2 akan berkurangan.

    BalasPadam
  14. saya harap selepas ini tidak ada lagi istilah tangguh2 kerana pesakit yang datang juga tidak boleh menangguh sakit mereka..

    BalasPadam
  15. This is totally a blast for all of us.

    BalasPadam
  16. harap hospital tersebut akan siap pada masanya.

    BalasPadam
  17. diharap selepas ini tiada lagi tempoh penangguhan..

    BalasPadam
  18. diharap pihak berwajib ke atas projek ini akan menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab..

    BalasPadam
  19. Diminta jangan lagi ada penangguhan pembinaan HQE kerana tempoh penangguhan sudah terlalu lama..

    BalasPadam
  20. Dan jangan pula pembinaan dilakukan dengan terburu-buru lalu kualiti kurang memuaskan..

    BalasPadam
  21. Apapun harap dengan pembinaan hospital baru ini pesakit dan pekerja berasa lebih selesa sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan.

    BalasPadam
  22. Jangan pula lepas ni timbul isu baru; bangunan tak kukuh gara2 kejar masa utk disiapkan.. uiikkss palis2. huhu

    BalasPadam
  23. Harap2 hospital ini siap dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

    BalasPadam
  24. Jika siap, diharapkan dengan adanya HQE II ini akan dapat menampung bilangan pesakit:)

    BalasPadam
  25. Kementerian haruslah rajin buat pantauan supaya hasilnya memuaskan semua pihak khususnya rakyat.

    BalasPadam
  26. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti:)

    BalasPadam
  27. Disember tahun depan lagi?

    BalasPadam
  28. sudah beberapa tahun cakap tahun depan,tahun depan, aura2 nak ambil wisma khidmat, tapi macam tiada juga. sepatutnya infrastruktur jenis ini mana boleh makan bertahun-tahun. apapun, jangan ada alasan tahun depan lagi selepas ini.

    BalasPadam