Rabu, Mac 09, 2011

PEMUDA UMNO SELAR KENYATAAN BEKAS NAIB PENGERUSI SUHAKAM

Pemuda Umno Selar Kenyataan Bekas Naib Pengerusi Suhakam

KENINGAU, 9 Mac (Bernama) -- Pemuda Umno Sabah menyifatkan kenyataan bekas Naib Pengerusi Suhakam Tan Sri Simon Sipaun bahawa "kehidupan di Sabah sebelum Malaysia adalah baik" sebagai tidak adil dan jahil mengenai sejarah Malaysia.

Ketuanya Azman Ruslan berkata kenyataan itu juga boleh dianggap sebagai mempersoalkan keputusan ikhlas Sabah untuk menyertai pembentukan Malaysia.

"Sebagai seorang bekas pegawai tinggi kerajaan di negeri ini, Sipaun sepatutnya lebih arif dan memahami latar belakang dan sejarah pembentukan Malaysia.

"Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah bahawa pendapat rakyat (ketika itu) di Borneo Utara dan Sarawak telah diambil kira dan disahkan menerusi Suruhanjaya Siasatan Cobbold sebelum cadangan Persekutuan Malaysia dimuktamadkan.

"Malahan presiden Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (Unko), Donald A. Stephens (kemudiannya Tun Mohd Fuad Stephens), dipilih pengerusi Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC)," katanya kepada Bernama, di sini Rabu.

Antara objektif MSCC ialah mengumpulkan dan mendapatkan pandangan dan pendapat berhubung penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Brunei, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

Memetik laporan Suruhanjaya Cobbold, Azman berkata Unko telah menyatakan bahawa keselamatan paling terjamin untuk masa depan bekas negara jajahan British di Asia Tenggara ketika itu "bergantung kepada kesediaan mereka untuk sama-sama membentuk Malaysia."

Azman berkata Unko, parti politik pertama di Sabah juga menyatakan bahawa kecuali Malaysia dibentuk, mungkin terdapat 'tuntutan' ke atas wilayah-wilayah di Borneo daripada pihak lain.

Dalam kenyataan yang dibuat pada satu seminar anjuran Barisan Bersatu Borneo pada Sabtu dan diterbitkan dalam akhbar harian tempatan, Sipaun berkata kehidupan di Sabah dianggap lebih baik dalam banyak aspek sebelum Malaysia dibentuk berbanding dengan sekarang.

Sipaun, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah juga dipetik sebagai berkata apa yang boleh dikatakan mengenai kesatuan politik antara wilayah-wilayah di Borneo dan Malaysia adalah "palsu kerana kedua-dua rantau mempunyai amat sedikit, jika pun ada, persamaan."

Azman berkata kenyataan itu "jelas tidak menghormati pengasas-pengasas Malaysia", terutama allahyarham Tun Mohd Fuad, yang merupakan "Huguan Siou" atau pemimpin agung pertama kaum Kadazandusun.

"Dunia terus bergerak sejak Malaysia ditubuhkan kira-kira 48 tahun lepas. Kenapa pula sekarang perlu memberitahu rakyat Sabah yang menyertai Persekutuan Malaysia adalah satu 'kesilapan'," katanya.

20 ulasan:

  1. kenyataan Sipaun ini mmg dilihat boleh mengelirukan penduduk Sabah. jika dilihat kehidupan kita sebagai penduduk Sabah semakin bertambah baik.

    BalasPadam
  2. pada saya, sekarang ini kita perlu memandang ke depan untuk memajukan Sabah dan meningkatkan lagi pencapaian sedia ada.

    BalasPadam
  3. tidak kira mana-mana pihak pun, perlulah mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.

    BalasPadam
  4. Rakyat sendiri pandai menilai hal ini.

    BalasPadam
  5. "Kenapa pula sekarang perlu memberitahu rakyat Sabah yang menyertai Persekutuan Malaysia adalah satu 'kesilapan',"

    sebelum ini beliau senyap kerana takut hilang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri. sekarang ini sudah tua bangka dan tiada jawatan dalam kerajaan barulah beliau berani bersuara.

    BalasPadam
  6. Simon juga patut kaji apa akan jadi kepada Sabah jika tidak bergabung membentuk Malaysia.

    BalasPadam
  7. sepatutnya simon mencari penyelesaian bagaimana mengubah Sabah untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. bukannya setakat membandingkan sabah dulu dan hari ini.. itulah yang dikatakan mengapi2kan rakyat dan menghasut rakyat untuk membenci Malaysia. yang sudah berlaku biarkan berlalu. apa yang penting sekarang adalah mencari penyelesaian bagaimana mahu mengatasi kelemahan dan menyelesaikan masalah yang wujud pada hari ini.

    BalasPadam
  8. Itu hanyalah pandangan dari kaca mata beliau. Biarkan beliau, apa yang penting masing2 mempunyai pendapat sendiri.

    BalasPadam
  9. Sebagai seorang yang berpengalaman perlulah berfikiran terbuka. Pada pandangan saya, TS Simon memberikan tanda tanya kepada kita. Harap Simon perlulah menarik semula kenyataan tersebut. Kenapa tidak dari dulu lagi mengatakan demikian, kenapa sekarang??

    BalasPadam
  10. Simon seharusya bersyukur kerana hidup sehingga sekarang dengan keadaan negeri kita yang aman dibawah Malaysia. Kita diurus dengan baik oleh kerajaan kita. MASALAH??Itu sudah pasti dimana-mana negara ada masalah dalaman. Mustahil dan tidak mungkin tidak ada. Kerajaan akan berusaha untuk menangani masalah yang dihadapi di negeri kita ini.

    BalasPadam
  11. Terpulang kepada untuk menilai dan mendalami apa yang telah dikatakan oleh TS Simon. Itu hanyalah pandangan beliau untuk dikongsikan. Bukannya beliau memfitnah dan bercakap buruk tentang benda yang terlindung.

    BalasPadam
  12. kenapa br skrg ckp ia auatu kesilapan.? Kenyataan Sipaun ini blh mgelirukn. Tp kta sbg rakyat M'sia terutamanya d Sabah ini perlu bijak menilai semua kenyataan sipaun ni.

    BalasPadam
  13. yang penting adalah masa kini dan masa depan..kita harus bergerak ke depan dan tidak menoleh ke belakang...

    BalasPadam
  14. apa yang telah berlaku kini adalah sejarah dan harus dijadikan renungan dan bukan dipolitikkan.

    BalasPadam
  15. apa2 pun, terpulang kepada kita untuk menilainya.

    BalasPadam
  16. Apa yang penting sekarang adalah untuk bekerjasama membagunkan Sabah dan menyelesaikan masalah kita bersama. Janganlah kita terus menunding jari lagi.

    BalasPadam
  17. Kita buktikan bahawa rakyat Sabah dapat melakukannya. Marilah kita bersatu dan berganding bahu untuk memajukan Sabah tanah air ku.

    BalasPadam
  18. Ya. sda mnjadi sejarah. yg penting masa kini & masa depan. Sejarah sbg pgajaran jgn lakukn kesilapan yg sma. terus maju ke depan

    BalasPadam
  19. Sipaun adalah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, beliau patut tahu lebih banyak dan arif tentang pembentukan Sabah.

    BalasPadam
  20. Salah, pembentukan Malaysia. Apapun, dunia semakin maju dan kita patut terus memandang ke depan.

    BalasPadam