Sabtu, Mac 05, 2011

JURUWANG DIDAKWA PECAH AMANAH BERDEPAN HUKUMAN PENJARA MAKSIMUM 1,120 TAHUN

Juruwang Didakwa Pecah Amanah Deposit 56 Cek Tak Wujud Bernilai Hampir RM2 Juta

MELAKA: Seorang juruwang sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 56 pertuduhan pecah amanah membabitkan deposit cek tidak wujud bernilai RM1,925,500.

Roslizam Zabar, 40, dari KM28.4, Kg Batu Gajah, Merlimau, Jasin yang bertugas didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Bank Islam Malaysia Berhad, Kompleks Pernigaan Masjid Tanah, Alor Gajah di sini, antara 15 Disember 2008 hingga 17 Ogos 2010.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda serta boleh juga dikenakan sebatan.

Jika sabit kesalahan, Roslizam berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun.

Hakim Abu Bakar Katar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan pada 13 Jun depan.

Mengikut kertas pertuduhan, Roslizam sebagai orang yang diamanahkan bagi semua urusan kaunter bank berkenaan, secara curang dan tanpa pengetahuan serta kebenaran pihak bank, telah mendeposit 56 cek yang tidak wujud bernilai antara RM5,000 hingga RM49,500 ke akaun Roslen Enterprise bernombor 04024010016444.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar meminta mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM1 juta terhadap tertuduh kerana melakukan kesalahan serius yang membabitkan 56 pertuduhan.

"Dia bukan tidak berkemampuan kerana beberapa hari sebelum ditangkap, telah mengeluarkan wang melebihi RM400,000 daripada satu akaun yang telah ditutup,"katanya sambil menambah Roslizam menerima gaji penuh walaupun digantung kerja.

Sementara itu, peguam Shah Rizal Alias dan Shahrul Amali Shafie merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana akaun bank Roslizam telah dibekukan.

"Selain itu, tertuduh mempunyai isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih kecil (yang) perlu disara, oleh itu, saya memohon mahkamah meletakkan jumlah wang jaminan yang munasabah," kata Shah Rizal.

----

PENGURUS BANK HIDUP MEWAH CURI DUIT PELANGGAN RM1.5J DITAHAN
A THIRD OF STUDENTS IN THE COUNTRY DO NOT THINK IT IS WRONG TO OFFER A BRIBE !!!

9 ulasan:

  1. Sepandai mana tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

    BalasPadam
  2. inilah akibatnya jika tiada tanggugjawab dalam kerja. walaupun pandai mana sekalipun, tetap akan diketahui juga.

    BalasPadam
  3. biarlah mahkamah yang menentukan hukuman yang akan diterima jika benar juruwang tersebut bersalah.

    BalasPadam
  4. ambil jalan singkat untuk dapat kekayaan, akhirnya kemewahan yang diperolehi hanya dapat dinikmati dalam masa yang singkat juga.

    BalasPadam
  5. lama kelamaan pasti terbongkar juga. Maka jujrlah dalam menjalankan tugas.

    BalasPadam
  6. Siasatan lanjut harus dilakukan. Jangan ada yang teraniaya.

    BalasPadam
  7. Jika benar2 bersalah, harus bertanggungjawab. Negara kita mempunyai undang2 untuk dipatuhi.

    BalasPadam
  8. Isteri yang tidak berkerja itu pun mungkin bersubahat. Hmm.

    BalasPadam
  9. What he did will affect reputation of the bank he worked for. Those stolen money should be returned to their rightful owners.

    BalasPadam