Dua suspek kes bunuh pemandu teksi ditembak mati
HAMZA Taib (tengah) menunjukkan beberapa butir peluru dan pistol yang dirampas daripada penjenayah ditembak mati semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
KOTA KINABALU 4 Mac - Polis menembak mati dua penjenayah yang dikehendaki kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pemandu teksi di ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Batang, Sandakan, Isnin lalu.
Dalam kejadian pukul 2.05 petang semalam, kedua-dua suspek itu ditembak kira-kira tujuh kilometer dari lokasi pemandu teksi terbabit dibunuh.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hamza Taib berkata, penjenayah itu berjaya dikenal pasti hasil maklumat awam dan intipan pihak polis.
"Apabila sampai di tempat kejadian, lelaki berkenaan diarahkan menyerah diri tetapi telah bertindak melepaskan tembakan kearah polis.
"Pasukan polis terpaksa membalas tembakan dan mengenai kedua-dua penjenayah itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah dan Timbalannya (Risikan dan Operasi), Asisten Komisioner Mohd. Khalil Mohd. Kadir.
Pada Isnin lalu seorang pemandu teksi ditemui mati tertiarap berhampiran teksinya dengan kesan tembakan di mulut dan kerongkong di kawasan tapak pembinaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Jalan Sungai Batang, Batu 10, Sandakan.
Mangsa, Junaidi Saman, 53, dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan tapak pembinaan tersebut dalam keadaan tertiarap kira-kira satu meter daripada teksinya pada pukul 6.30 petang.
Menurut Hamza, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sepucuk pistol jenis Colt 45, empat butir peluru dan telefon bimbit daripada suspek-suspek.
Katanya, bagaimanapun tiada sebarang pengenalan identiti ditemui pada suspek-suspek berusia 30-an itu.
"Motif kejadian masih disiasat dan kita tidak menolak kemungkinan samun dan balas dendam.
"Pihak polis percaya penjenayah itu terlibat dalam pembunuhan pemandu teksi berdasarkan kepada jenis senjata yang digunakan," katanya.
Beliau berharap orang ramai terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membanteras jenayah di negeri ini.
"Jadi saya ingin merakamkan terima kasih kepada orang ramai yang beri maklumat tersebut kepada polis," ujarnya.
----
Semakin banyak masalah jenayah yang melibatkan warga asing di Sabah. Ini membahayakan nyawa rakyat.
BalasPadamakhirnya kes ini dah selesaik, jenayah pembunuhan kini semakin menjadi jadi. pihak polis perlu lebih kerja keras dalam membenteras jenayah.
BalasPadamI wonder where did those 2 criminals got their guns.
BalasPadamI'm glad these case is over but it would be better if these criminals didn't get shot to dead but rather got captured, punished and suffer for their crime.
BalasPadambut then again good job to the police!
BalasPadampenjenayah seperti ini amat bahaya kerana mempunyai senjata api. baguslah jika pihak polis dapat menyelesaikan kes ini.
BalasPadamtahniah dan teruskan usaha mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.
BalasPadamInilah balasan kepada mereka yang melakukan jenayah. Tidak akan lepas begitu saja. Pasti tidak aman dan tenteram hidup.
BalasPadamAkhirnya dapat diberkas penjenayah itu, sangat2 setuju dengan tindakan yang diambil oleh pihak polis.
BalasPadamKurangkan jenayah dan sentiasalah bekerjasama dengan polis.
BalasPadamApap pun, tahniah kepada polis. Penjenayah ini lepas bunuh seorang, mungkin ada kedua...ketiga... jadi lebih baik banteras mereka ini.
BalasPadamThis is what we call Karma. What you did to others will eventually come back to you.
BalasPadamHope that the police will continue to work hard in lowering the crime rates.
BalasPadam