Ahad, Februari 27, 2011

PENGURUS BANK HIDUP MEWAH CURI DUIT PELANGGAN RM1.5J DITAHAN

Pengurus hidup mewah curi duit pelanggan RM1.5j ditahan

SUNGAI PETANI 26 Feb. - Selama ini seorang pengurus sebuah bank di sini melaram dengan gaya hidup mewah sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan rakan sejawatannya.

Setiap kali ditanya, pengurus muda salah sebuah bank asing di sini yang berusia 28 tahun memberi alasan bahawa dia memperoleh harta-hartanya daripada pelaburan.

Bagaimanapun, rahsia pengurus akaun dan khidmat pelanggan itu selama lebih setahun terbongkar apabila dia ditahan bagi membantu siasatan mengenai kehilangan sejumlah besar wang milik pelanggan yang dianggarkan lebih RM1.5 juta.

Lelaki itu ditahan di rumahnya sekitar bandar ini malam Rabu lalu.

Dia ditahan selepas pegawai atasan dan para pelanggan bank tersebut membuat aduan mengenai kegiatannya.

Menurut sumber, suspek terbabit dikatakan bertugas selama tiga tahun di cawangan berkenaan dan mengenali secara rapat pelanggannya.

  • "Rahsianya terbongkar apabila seorang pelanggan membuat aduan mengenai kehilangan sejumlah wang daripada akaun semasa dan deposit tetap miliknya," katanya.
  • Menurutnya, kebanyakan mereka yang menjadi mangsa sebelum itu dikatakan telah meminta bantuan suspek menguruskan pinjaman perumahan.
  • "Suspek kemudian meminta mangsa memindahkan wang daripada deposit tetap ke akaun simpanan dengan alasan mampu meluluskan permohonan dalam kadar segera," katanya.
  • Sumber itu berkata, selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun simpanan, suspek akan mengambil beberapa maklumat peribadi dan mula memindahkan wang atau mengeluarkan cek atas nama individu ketiga.
  • "Bagi mengelakkan mangsa mengesan, suspek menukar alamat dan penyata akaun akan dihantar ke alamat rumahnya sendiri," katanya.
  • Namun begitu, taktik tersebut berjaya dikesan apabila beberapa pelanggan tampil membuat aduan mengenai kehilangan wang baru-baru ini.
  • Selepas beberapa hari, penyiasat bank tersebut dapat menjejak suspek dan memaklumkan kes itu kepada polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, sehingga semalam 13 laporan telah dibuat terhadap suspek.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.

"Polis masih menyiasat jumlah kerugian dan bekerjasama dengan bank untuk menyemak kemungkinan terdapat mangsa lain terlibat," jelasnya.

14 ulasan:

  1. Hope that the authorities would take legal actions against him.

    BalasPadam
  2. pengurus bank tersebut benar2 tidak bertanggungjawab dan sanggup mengambil wang pelangggannya. harta dia harus disita dan dia harus diberi hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
  3. What irresponsible bank manager. Make sure this man gets the punishment he deserve.

    BalasPadam
  4. sepatutnya beliau perlu melakukan tugas dengan bertanggungjawab dan amanah.

    BalasPadam
  5. harap tindakan tegas dapat dikenakan terhadap pengurus bank tersebut. ini sebagai pengajaran..

    BalasPadam
  6. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jg...

    BalasPadam
  7. 1.5juta??Jumlah yang sangat banyak. Seharusnya berlaku jujurlah dengan semua ini.

    BalasPadam
  8. Man, this kind of person should't live long!

    BalasPadam
  9. Bad example for the next generation, please don't do this wherever you are. No short cut if you wanna be success!

    BalasPadam
  10. dengan jawatan sebagai pengurus, sepatutnya masa depan beliau sudah cukup cerah. apa boleh buat la, kalau sudah itu jalan yang dia pilih. masa depan yang dulunya cerah bertukar jadi gelap.. sia2..

    BalasPadam
  11. Dia patut disenaraihitamkan terus! Inilah kuasa orang yang bekerja di bank. Senang saja dapat maklumat peribadi orang lain.

    BalasPadam
  12. Baguslah kalau dah ditahan. Harap semua bank akan dihubungi supaya tidak akan mengambil orang ini bekerja dalam sektor bank.

    BalasPadam
  13. Siapa suruh membuat perkara yang melanggari undang-undang?

    BalasPadam
  14. The customers would lose their trust in the bank.

    BalasPadam