Ahad, Februari 13, 2011

MASALAH TIGA BANGUNAN SEKOLAH DI TAWAU YANG DILAPOR TIDAK SELAMAT PERLU PERHATIAN SERIUS

Masalah Tiga Bangunan Sekolah Di Tawau Yang Dilapor Tidak Selamat Perlu Perhatian Serius

TAWAU, 13 Feb (Bernama) -- Biro Pelajaran Pergerakan Pemuda Umno Malaysia meminta Kementerian Pelajaran memberi perhatian serius terhadap masalah beberapa bangunan di tiga buah sekolah rendah di sini yang dilaporkan tidak selamat digunakan.

Pengerusi biro itu, Mohd Gasing Saling berkata masalah yang dihadapi Sekolah Kebangsaan Bahagia, Sekolah Kebangsaan Kukusan dan Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih perlu diatasi demi keselamatan kira-kira 1,000 pelajar sekolah berkenaan.

"Kita mahu tahu sama ada sekolah-sekolah ini mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) atau tidak. Jika ada, jabatan-jabatan terlibat yang meluluskannya perlu bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Mohd Gasing berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yusin semalam yang mengesahkan telah menerima perakuan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa beberapa bangunan di tiga buah sekolah rendah berkenaan tidak selamat.

Dr Muhiddin berkata pada masa ini pihaknya terpaksa menggunakan bangunan sekolah yang dianggap tidak selamat setakat yang boleh bagi membolehkan pelajar sekolah meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Mohd Gasing mencadangkan supaya bangunan sekolah yang dikenal pasti mempunyai peratusan tidak selamat diduduki yang tinggi supaya dikosongkan demi keselamatan pelajar dan kakitangan sekolah.

"Selain tiga sekolah ini, kita lihat ada sekolah lain yang berada dalam keadaan daif dan dikhuatiri (beberapa bangunannya) tidak selamat seperti Sekolah Kebangsaan Bandar 1 dan Sekolah Kebangsaan Kalabakan. Kita berharap pemeriksaan turut dilakukan ke atas sekolah-sekolah ini," katanya.

30 ulasan:

  1. Pihak berkuasa haruslah memandang serius terhadap isu ini kerana membabitkan nyawa para pelajar dan guru-guru.

    BalasPadam
  2. pekara ini perlu diatasi dengan segera. keselamatan pelajar perlulah diuatamakan.

    BalasPadam
  3. harap pekara ini dapat diatasi dengan segera bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini daripada berlaku.

    BalasPadam
  4. Masalah ini harus diselesaikan secepat mungkin sebelum terlambat.

    BalasPadam
  5. Adalah penting untuk memastikan para pelajar dan guru-guru dalam keadaan selamat.

    BalasPadam
  6. bangunan sekolah yang telah dikenalpasti tidak selamat perlu ditutup segera bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk berlaku kepada guru2 dan pelajar di sekolah berkenaan. sudah tiba masanya kerajaan dan kementerian pelajaran tidak hanya memberi tumpuan kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata2, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah.

    BalasPadam
  7. Ini bagi keselamatan dan keselesaan para pelajar. Maka kita harapkan masalah ini perlu diambil tindakkan.

    BalasPadam
  8. Sebaiknya bangunan itu tidak digunakan jika keselamatan tidak memuaskan. Ini akan mengancam keselamatan para pelajar itu nanti.

    BalasPadam
  9. Berita ini sudah diterbitkan dalam New Sabah Times, Semoga dengan adanya aduan ini, maka pihak bertanggungjawab dapat mengetahui perkara yang berlaku.

    BalasPadam
  10. Keselasaan adalah menjadi keutamaan. segeralah gantikan bangunan itu dengan yang baru.

    BalasPadam
  11. seharusnya masalah ini diberi perhatian yang serius..

    BalasPadam
  12. tindakan segera harus dilakukan demi keselamatan para pelajar, guru dan kakitangan sekolah serta pengunjung.

    BalasPadam
  13. bangunan sekolah yang tidak selamat harus dikosongkan dan bukannya dipaksa guna semata-mata untuk meneruskan pembelajaran seperti biasa..

    BalasPadam
  14. ibu bapa mana yang tidak risau jika anak mereka bersekolah di sekolah yang tidak selamat untuk digunakan? harus diingat bahawa malang tidak berbau..walaupun pemantauan dilakukan, tidak bermakna keselamatan anak2 mereka terjamin.

    BalasPadam
  15. dan isu ini tidak harus dipolitikkan oleh mana2 pihak..diharap tindakan segera dapat dilakukan demi keselamatan para warga sekolah tersebut.

    BalasPadam
  16. Ya mike. Harap isu ni tak dipolitikkan oleh mana2 pihak. Nanti lain pula kejadiannya. huhu

    BalasPadam
  17. Tapi sememangnya perkara ni harus mendapat perhatian sewajarnya. Jangan biarkan saja nanti tambah teruk pula.

    BalasPadam
  18. Tak dinafikan pendidikan tu memang penting tapi soal keselamatan pun penting juga. hehe

    BalasPadam
  19. Betul tu Allyssa. Hal ni dah dikeluarkan di akhbar tempatan. Harap2 lah berjaya tarik perhatian pihak2 berkaitan.

    BalasPadam
  20. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    BalasPadam
  21. Peningkatan taraf bagunan sekolah ini amat diperlukan.

    BalasPadam
  22. Why it has to take so long?

    BalasPadam
  23. Semoga kementerian yang berkenaan akan menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  24. Bagunan tidak selamat ini patut dikosongkan kerana ini akan membahayakan nyawa para pelajar.

    BalasPadam
  25. Diharapkan menteri pendidikan akan mengambil berat tentang kes ini sebelum terlambat.

    BalasPadam
  26. bangunan sekolah tersebut harus diperbaiki.

    BalasPadam
  27. ia perlu demi keselamatan murid2.

    BalasPadam
  28. Come on, students need to sit for exams.We pay for bills too.

    BalasPadam
  29. Ini harus ditangani dengan cara menyeluruh.

    BalasPadam