Selasa, Februari 08, 2011

DAKWAAN PORTAL BERHUBUNG PENGLIBATAN POLIS BAWA PATI MASUK SABAH DISIASAT

Dakwaan Portal Berhubung Penglibatan Polis Bawa Pati Masuk Sabah Disiasat

TAWAU, 7 Feb (Bernama) -- Dakwaan seorang pelawat portal 'Free Malaysia Today' kononnya anggota polis terlibat membawa masuk pendatang asing tanpa izin ke Sabah bagi mendapatkan kad pengenalan akan disiasat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata jika dakwaan itu berasas, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap anggota atau pegawai yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara tersebut.

"Kita akan siasat benar atau tidak. Andai kata saya dapati ada pegawai atau anggota saya yang terlibat, kita akan ambil tindakan sewajarnya. Perkara ini kita tidak akan benarkan kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti Polis Diraja Malaysia dan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau Ops Sikap Laut oleh Pasukan Gerakan Marin di sini sempena Tahun Baru Cina.

Ia diperkenalkan buat pertama kali di Sabah pada tahun ini.

Turut meninjau Ops Sikap Laut di perairan Tawau ialah Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin.

Mengenai Ops Sikap Laut yang dilancarkan serentak dengan Ops Sikap Ke-23 pada 27 Jan lalu, dan berakhir 12 Feb ini, beliau berkata setakat ini, pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan orang ramai terhadap peraturan di laut.

Katanya, Ops Sikap Laut yang dilaksanakan oleh tujuh pangkalan PGM di seluruh Sabah, bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna pengangkutan laut mengenai kepentingan mematuhi peraturan berkaitan demi keselamatan mereka sempena musim perayaan.

Hamza berkata antara aspek yang perlu diberi fokus termasuk memastikan bot penumpang mempunyai permit sah, pemakaian jaket keselamatan dan pemasangan alat keselamatan pada pengangkutan laut.

----

THOUSANDS OF FOREIGNERS ARE ENTERING SABAH ILLEGALLY BY PAYING BETWEEN RM350 & RM1,000 PER PERSON TO THE SECURITY FORCES AT THE BORDER?

Illegals: ‘Don’t blame the police’

23 ulasan:

  1. hal ini mmg perlu disiasat kerana kita tak boleh biarkan penyeludupan PATI terus berleluasa dan jika benar2 ada pihak polis yg terlibat tindakan tegas perlu diambil.

    BalasPadam
  2. memang wajar pekara tersebut disiasat bagi melihat sama ada dakwaan tersebut benar atau tidak.

    BalasPadam
  3. jika benar dakwaan tersebut adalah berasas, tindakan tegas perlu diambil.

    BalasPadam
  4. This such a disappointment knowing that our police could be involved in getting PATI into Sabah.

    BalasPadam
  5. Make sure this case is being investigated. Those who are involved should be punished.

    BalasPadam
  6. Kalau benar polis juga terlibat, mereka harus dibuang kerja dan diambil tindakan tegas.

    BalasPadam
  7. hal ini prlu disiasat kerana ia melibatkan nama baik Polis dan seterusnya penyeludupan ini memberi kesan buruk kepada negara.

    BalasPadam
  8. Mungkin lebih baik siasatan dilakukan bagi memastikan kebenaran portal itu.

    BalasPadam
  9. Bukankah ini sungguh memalukan jika dakwaan ini adalah benar. Sebagai seorang yang berkuasa haruslah melakukan kerja dengan jujur. Pastikan dan cari kebenaran dengan kes ini.

    BalasPadam
  10. Pastikan kebenaran dengan dakwaan ini. Mengapa pihak berkuasa boleh terlibat dengan semua ini. Mungkin sekiranya didapati bersalah maka hukuman yang berat diberikan kepada dalang dalam semua hal ini.

    BalasPadam
  11. Sekiranya perkara ini diselesaikan secepatnya. Maka tidak dapatlah rakyat Sabah ini merasa kebebasan hidup tanpa PATI. Selesaikanlah secepatnya. Jangan hanya pentingkan diri sendiri sehinggakan sanggup membawa masuk warga asing secara haram.

    BalasPadam
  12. mungkin ini adalah punca utama kenapa begitu ramai PATI boleh keluar masuk Sabah seolah2 pintu2 masuk negara sentiasa terbuka luas untuk menerima kedatangan mereka. sudah tentu ada dalang disebalik kebanjiran PATI di negeri ini.

    BalasPadam
  13. saya harap keperihatinan Pesuruhjaya Polis Sabah benar2 membawa kepada penyelesaian masalah ini. jika benar dakwaan itu, jangan biarkan ada pihak atau dalang yang terlepas dari tindakan undang2.

    BalasPadam
  14. dakwaan tersebut wajar disiasat..sudah disiasat barulah dapat dipastikan benar atau tidak.

    BalasPadam
  15. dakwaan ini telah mencalarkan imej PDRM sabah dan ianya harus dibersihkan untuk mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti PDRM.

    BalasPadam
  16. apa pun, dalang harus ditangkap..tidak kira sama ada pihak dalaman atau tidak.

    BalasPadam
  17. kita tunggu dan lihat perkembangan isu ini..

    BalasPadam
  18. Pastikan perkara ini disiasat sebaik mungkin. Jangan bagi peluang kepada mereka yang terlibat, mereka ini patut dibuang kerana mengkhianati negeri sendiri.

    BalasPadam
  19. Kes ini memang wajar disiasat.

    BalasPadam
  20. Police should do investigation on this matter, never let it go out of the way.

    BalasPadam
  21. Kes ini bukan sebarang kes.Ini melibatkan penglibatan polis dalam membawa masuK PTI ke Sabah.

    BalasPadam
  22. The best way to deal with this matter is to do the right thing.

    BalasPadam
  23. Hal ini tidak harus dibiarkan begitu saja.

    BalasPadam