Selasa, Februari 08, 2011

POLIS BURU PEROMPAK BERSIRI WARGA ASING AGRESIF & BAHAYA SERING CEDERAKAN MANGSA

Polis buru perompak bersiri warga asing

mecca bingo atempted robbery2011/02/08 SEREMBAN: Sekumpulan perompak bersiri dipercayai warga Indonesia diburu kerana terbabit dalam kejadian samun bersenjata sejak tahun lalu dan kes terbaru berlaku di Kuala Pilah, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kumpulan dianggotai antara lima hingga enam lelaki warga asing itu dianggap sebagai agresif dan bahaya kerana sering mencederakan mangsa.

“Modus operandi kumpulan ini adalah memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang. Mereka kemudian mengikat dan memukul mangsa sebelum melarikan barang berharga, wang tunai dan dalam beberapa kes, mereka turut melarikan kereta.

“Penjenayah terbabit membawa senjata tajam seperti parang dan kadang-kala mendapatkannya di rumah mangsa untuk digunakan dalam rompakan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 4 pagi semalam, sekumpulan enam perompak terbabit memecah masuk rumah seorang pengawal keselamatan di sebuah kampung di Terachi, Kuala Pilah dekat sini, dan mengikat mangsa bersama isteri dan seorang anak perempuannya.

Hamdan berkata, mangsa berumur 52 tahun dipukul hingga cedera dan keluarganya diacukan parang ketika kumpulan terbabit menggeledah rumahnya untuk mencari barangan berharga.

Antara barangan dilarikan adalah sebuah kereta Proton Waja bernombor pendaftaran NBC 6931, selaras senapang patah, 30 butir peluru, barangan kemas dianggarkan bernilai RM7,000 dan wang tunai RM2,000.

Bagaimanapun, polis menemui semula kereta, senapang patah dan peluru ditinggalkan di tapak pasar malam Senawang Jaya dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Hamdan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi polis di talian 06-7682222 bagi membantu siasatan.

10 ulasan:

  1. penjenayah pendatang asing ni mmg amat ganas dan berbahaya. ini benar2 menganggu ketenteraman penduduk tempatan. penjenayah2 ini perlu dikesan dan ditahan.

    BalasPadam
  2. penjenyah seperti ini hanya menggugat ketenteraman penduduk awam. hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka.

    BalasPadam
  3. harap penjenayah tersebut akan dapat diberkas dengan segera.

    BalasPadam
  4. It is because of those foreigners, crime rate increase.

    BalasPadam
  5. These foreigner criminals should be deported back to their country.

    BalasPadam
  6. Inilah masalah kalau pendatang asing buat hal. Kita susah untuk mengesan dan mencari maklumat. Apa pun pertolongan dari semua adalah perlu bagi menangani kes ini.

    BalasPadam
  7. pendatang asing berani melakukan jenayah di negara ini kerana mereka tahu pihak berkuasa tempatan lemah dan boleh dipujuk untuk menjadi rakan mereka. ini yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan kerana telah banyak aduan sebelum ini berkenaan dengan salah guna kuasa dikalangan Polis.

    BalasPadam
  8. apa2pun saya harap pihak polis berjaya memburu perompak bersiri warga asing ini sebelum lebih ramai menjadi mangsa mereka.

    BalasPadam
  9. Tengoklah masalah yang berlaku disebabkan warga asing.

    BalasPadam
  10. Kes Jenayah bersiri seperti ini sangat dahsyat dan menakutkan. Diharapkan penjenayah warga asing ini akan diberkas dan dikenakan hukuman yang tegas.

    BalasPadam