Sabah Beri Jaminan Untuk Siapkan Kemudahan Di Ranau, Kata KOAM
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Masalah kemudahan asas di Kompleks Sukan Ranau di Sabah, venue bagi latihan atlet olahraga sepanjang tahun ini, akan diatasi dalam masa terdekat berikutan jaminan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin.
Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (Koam) Karim Ibrahim berkata walaupun ketika ini kompleks itu tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan air yang tetap, kontraktor yang bertanggungjawab berjanji untuk membekalkan generator dan tangki air.
"Semua ini berdasarkan jaminan dari Datuk Peter Pang sendiri yang menyokong kuat usaha Koam untuk menjadikan Ranau sebagai venue latihan," katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Koam sebelum ini sudahpun mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan Ranau sebagai venue latihan atas alasan latihan di trek Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil sering terganggu oleh latihan atlet sukan lain.
Karim berkata bekalan elektrik dan air sementara itu dijangka disediakan sehingga April, sebelum kompleks itu mendapat kedua-dua kemudahan tersebut secara tetap.
Mengenai rungutan beberapa atlet yang mendakwa peralatan asas latihan di kompleks itu tidak lengkap, Karim berkata Kesatuan Olahraga Amatur Sabah berjanji untuk menyediakannya dalam tempoh terdekat.
Antara peralatan yang boleh disediakan dengan segera ialah kemudahan gimnasium, peralatan untuk latihan lompat tinggi dan lompat berpagar.
Menurutnya trek di kompleks itu juga sedia digunakan untuk kejohanan antarabangsa berikutan pengesahan daripada Jawatankuasa Teknikal Koam yang diketuai oleh S Chinatamby.
"Jika muncul masalah cuaca seperti hujan, terdapat stadium tertutup di sana. Jika berlaku kecederaan, terdapat pusat satelit Institut Sukan Negara (ISN) di Kota Kinabalu," katanya.
Beliau berkata sehingga kini, kesemua atlet Koam sudah menandatangani surat persetujuan untuk berlatih di Ranau dan badan induk olaharaga itu memberi kelonggaran kepada mereka untuk menyesuaikan jadual latihan dan pengajian.
bgslah jika kompleks sukan tersebut akan dilengkapkan kemudahan dan menjadi pusat latihan atlet. semoga industri sukan negara akan terus berkembang.
BalasPadamjika semua kemudahan dapat disediakan, tidak menjadi masalah untuk atlet mengadakan latihan kompleks sukan ranau.
BalasPadamapa yang penting adalah, prestasi atlet berada pada tahap yang terbaik dan mendapat latihan yang diperlukan.
BalasPadamBaguslah tue.
BalasPadamPastikan kemudahan tersebut disiapkan.
BalasPadamBiarlah tempat itu lengkap dan sesuai untuk latihan.
BalasPadamkenapa KOAM tidak merujuk kepada Lembaga Sukan Negeri Sabah (LKNS) terlebih dahulu? apa2pun sekiranya kompleks sukan Ranau tetap menjadi pilihan sebagai venue latihan, saya harap semuanya berjalan dengan lancar..
BalasPadamMasalah kemudahan asas di Kompleks Sukan Ranau harus diatasi dan dinaik taraf untuk keselesaan para atlet dan pengguna lain.
BalasPadamdiharap langkah2 untuk mengatasi masalah kemudahan di kompleks sukan ranau akan disegerakan.
BalasPadammana2 pihak diharapkan tidak akan mempolitikkan isu ini.
BalasPadamdiharap segalanya akan berjalan dengan lancar.
BalasPadamHarap isu kemudahan latihan ini akan ditangani.
BalasPadam