2,279 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Kota Marudu
KOTA MARUDU, 31 Jan (Bernama) -- Seramai 2,279 orang dari 19 buah kampung di daerah Kota Marudu dan Matunggong dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara ekoran banjir selepas hujan berterusan selama lima hari.
Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata masalah banjir di kawasan itu dapat diatasi sekira Pelan Induk Tindakan Tebatan Banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dilaksanakan.
"Penyelesaian jangka panjang kepada masalah banjir telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan pusat dengan cadangan pelan induk itu membabitkan kos minima RM500 juta," katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir pada Isnin.
Daripada jumlah itu, RM300 juta diletakkan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-10 namum peruntukan yang diluluskan setakat ini jauh lebih rendah, kata Ongikili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Katanya pelan induk itu mampu menjimatkan kos kerugian tahunan selama 10 akibat banjir.
Banjir di Kota Marudu mengakibatkan kerosakan jalan, jambatan, perparitan, tanaman dan bantuan kebajikan bernilai kira-kira RM50 juta setiap tahun.
Semasa lawatan itu, Ongkili bersama wakil rakyat Tandek, Anita Baranting dan wakil rakyat Matunggong, Sarapin Magana, menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan berkenaan.
----
Tiga Rumah Musnah Akibat Tanah Runtuh Di Sandakan
SANDAKAN, 31 Jan (Bernama) -- Empat keluarga nyaris maut apabila tiga rumah yang didiami mereka musnah dalam satu kejadian tanah runtuh di Kampung Sundang Darat dekat sini pada Isnin.
Pegawai Daerah Beluran Yusop Osman berkata 150 orang daripada 25 keluarga adalah penduduk di Kampung Simpangan yang ditempatkan di pusat pemindahan di klinik kesihatan di kampung itu, manakala 29 orang lagi dari enam keluarga adalah mangsa banjir di Kampung Sungai-Sungai yang ditempatkan di balairaya di kampung itu.
Yusop berkata terdapat juga kejadian tanah runtuh di Bukit Ular Jalan Sapi Nangoh-Paitan tetapi kenderaan masih boleh melalui jalan itu dengan petugas dari Jabatan Kerja Raya berada di kawasan itu selama 24 jam untuk melakukan pembersihan jalan raya dari tanah runtuh.
maslaah banjir ini perlu diselesaikan dgn memperbaiki sistem pengairan perparitan.
BalasPadamA long run solution is needed to solve this flood issue.
BalasPadamHarap mangsa banjir akan tabah menghadapi cabaran selepas ini.
BalasPadamharap penyelesaian jangka masa panjang akan dapat dibuat bagi mengelakkan masalah yang sama daripada berulang.
BalasPadamharap mangsa banjir akan dapat diberikan bantuan bagi membantu mereka berhadapan ujian ini.
BalasPadamsupaya kejadian seperti ini tidak berulang, kerajaan kena menyelenggara sistem pengairan dan perparitan kepada yang lebih sistematik.
BalasPadammasalah banjir dan tanah runtuh boleh dielakkan jika setiap projek pembangunan dirancang dengan teliti. dengan bantuan teknologi yang mampu meramal cuaca buruk juga sepatutnya cukup untuk memberikan masa kepada pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan persediaan dan usaha membaikpulih mana2 kawasan yang berpotensi dilanda banjir.
BalasPadamsaya harap selepas ini ada penambahbaikan secara besar2an supaya masalah ini tidak berulang dimasa2 akan datang.
BalasPadamSentiasalah berhati-hati dengan keadaan sekarang ini.
BalasPadamSemoga masalah banjir ini dapat ditangani. Ini bukan kerana sistem peparitan yang tidak sistemetik..Tapi kerana cuaca hujan yang berterusan. Apa pun berjaga-jaga selalu..
BalasPadamdiharap Pelan Induk Tindakan Tebatan Banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat dilaksanakan sepenuhnya kelak.
BalasPadamperuntukan untuk Pelan Induk Tindakan Tebatan Banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tersebut harap diluluskan oleh kerajaan..ianya bukan sahaja boleh membantu menangani masalah banjir di KM malah menjimatkan berbanding dari kos kerosakan yang terpaksa ditanggung setiap kali banjir.
BalasPadampenduduk juga harus sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
BalasPadamapa pun, diharap kerajaan akan membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini..
BalasPadamSetuju mike, peruntukan untuk Pelan Induk Tindakan Tebatan Banjir oleh JPS patut diluluskan oleh kerajaan. Berbanding daripada tanggung kos pembaikan lebih baik tanggung kos utk tanggani banjir kan. hehhee
BalasPadamSekurang-kurangnya masalah banjir tidak lagi mengahntui masyarakat di kawasan yang berpotensi banjir.
BalasPadamHarap kerajaan akan memantau sebab-sebab berlakunya kebanjiran supaya tindakan yang wajar akan diambil.
BalasPadamFloods is attacking Sabah now.
BalasPadamApa yang penting sekarang ialah pastikan semua sistem bencana diaktifkan.
BalasPadamIndeed, we have to evacuate all the victims in the safer place.
BalasPadam"Penyelesaian jangka panjang kepada masalah banjir telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan pusat dengan cadangan pelan induk itu membabitkan kos minima RM500 juta,"
BalasPadamMemang banyak peruntukan yang harus digunakan.