Selasa, Februari 01, 2011

Harga Petrol Ron97 Naik 10 Sen Seliter

Harga Petrol Ron97 Naik 10 Sen Seliter Mulai Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam Isnin, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.

"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah," katanya ketika dihubungi Bernama malam Isnin.

Zulkifli berkata harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.

Pada 4 Jan lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen pada menjadikannya RM2.40 seliter.

14 ulasan:

  1. haraplah harga minyak Ron97 tkkan meningakt lagi selepas ini.

    BalasPadam
  2. Hopefully after this no more price hike in RON97.

    BalasPadam
  3. harap harga barang lain tidak akan turut meningkat.

    BalasPadam
  4. harap selepas ini tiada lagi kenaikan dalam masa terdekat.

    BalasPadam
  5. kita tunggu dan lihat samada benar harga minyak mentah dunia akan turun pertengahan tahun ini atau tidak.

    BalasPadam
  6. nampaknya cuaca benar2 mempengaruhi kenaikkan harga barang. sebelum ini kita dibebani dengan kenaikkan harga barang makan import akibat bencana seperti banjir di negara2 pembekal. kini sekali lagi cuaca memainkan peranan dalam kenaikan petrol....

    BalasPadam
  7. Harap kerajaan perlu mengurangkan beban untuk rakyat. Semoga RON95 tidak akan naik juga..

    BalasPadam
  8. Aduii naik lagi.. nampaknya makin ramailah yang akan bising pasal isu ni. huhuhu

    BalasPadam
  9. Saya harap kerajaan dapat lakukan sesuatu bagi mengurangkan bebanan rakyat dlm kes ni.

    BalasPadam
  10. harap harga bagi diesel dan RON95 dikekalkan.

    BalasPadam
  11. kerajaan juga harus memantau mana2 pihak yang mengambil kesempatan ini menaikkan harga barangan keperluan..

    BalasPadam
  12. Rakyat sendiri perlu pandai mengurus kewangan selepas ini.

    BalasPadam