Selasa, Februari 01, 2011

DATUK ABIDIN MADINGKIR DILANTIK SEBAGAI DATUK BANDAR BANDARAYA KOTA KINABALU YANG BARU

Abidin Madingir Dilantik Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 31 Jan (Bernama) -- Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Abidin Madingkir dilantik sebagai Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu yang baru menggantikan Datuk Iliyas Ibrahim.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman ketika mengumumkan pelantikan itu berkata Abidin mempunyai banyak pengalaman dalam perkhidmatan awam dengan memegang pelbagai jawatan kanan kerajaan selama beberapa tahun.

"Setelah berunding dengan kebanyakan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri, kerajaan memutuskan untuk melantik Datuk Abidin Madingkir sebagai Datuk Bandar baru Bandaraya Kota Kinabalu.

"Saya yakin Datuk Abidin akan bertugas dengan baik dan meningkatkan kualiti kehidupan di Bandaraya Kota Kinabalu," katanya dalam kenyataan ketika mengumumkan pelantikan itu di sini.

Musa juga mengucapkan terima kasih kepada Iliyas yang telah berkhidmat dengan baik sebagai Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu selama tiga penggal yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada Rabu ini.

Sementara itu, Abidin, 57 berketurunan Dusun dari Ranau, berkata beliau terkejut dengan pelantikan itu kerana ramai lagi calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri yang meletakkan kepercayaan kepada saya," kata beliau.

"Tetapi apa yang penting ialah meneruskan kerja-kerja baik bekas Datuk Bandar khasnya memastikan kebersihan, keindahan dan lanskap serta mengetatkan keselamatan Bandaraya Kota Kinabalu," katanya kepada Bernama.

Beliau yang berkelulusan undang-undang dari University of London memulakan kariernya dengan perkhidmatan kerajaan pada 1978 dan telah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan negeri sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu yang ketiga.

30 ulasan:

  1. Tahniah kepada Datuk Abidin Madingkir sebagai Datuk Bandaraya baru. Semoga beliau akan berusaha menjalankan tugasnya.

    BalasPadam
  2. Congrats to Datuk Abidin!

    BalasPadam
  3. Hopefully he will fulfill his responsibility as the major of Kota Kinabalu.

    BalasPadam
  4. semoga Datuk Bandar baru ini akan menjalankan tanggungjawabnya dgn baik dalam memastikan bandaraya ini berada dalam keadaan baik.

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada Datuk Abidin kerana menjadi orang yang terpilih untuk menjadi Datuk Bandaraya..

    BalasPadam
  6. Semoga tunaikan tanggunjawab yang telah diberikan. Penganti baru ini pasti dapat memberikan yang terbaik kepada penduduknya.

    BalasPadam
  7. Sungguh bertuah kepada Datuk Abidin kerana terpilih menjadi Datuk Bandaraya..Apa pun selamat menjalankan tugas..

    BalasPadam
  8. Tahniah Datuk Abidin di atas perlantikan sebagai Datuk Bandar yang baru.

    BalasPadam
  9. semoga Datuk Abidin akan dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

    BalasPadam
  10. banyak perubahan jawatan berlaku diawal tahun ini. apa2pun tahniah dan jangan sia2kan kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Menteri.

    BalasPadam
  11. dengan terjawabnya persoalan berkenaan dengan siapa yang bakal dilantik ke jawatan Datuk Bandar, saya harap tidak ada pihak yang cuba menimbulkan spekulasi negatif yang bertujuan mempertikaikan keputusan yang dibuat olek KM Sabah.

    BalasPadam
  12. Harap Datuk Abidin akan melakukan yang terbaik.

    BalasPadam
  13. masih byk lagi masalah2 yang di Kota Kinabalu, harap dgn adanya Datuk bandar baru ni, ia dpt membaut sesusatu bagi menyelesaikan segala masalah di Kota Kinabalu terutamnya dari segi kebersihan.

    BalasPadam
  14. Tahniah diucapkan.Semoga kerja anda terlaksana kelak.

    BalasPadam
  15. yang penting Datuk Abidin akan melaksanakan tugasnya sebagai Mayor KK dengan baik.

    BalasPadam
  16. sekarang persoalan siapa yang akan menjadi mayor kk sudah terjawab.

    BalasPadam
  17. tahniah diucapkan kepada Datuk Abidin atas pelantikan beliau sebagai Mayor KK yang ke-3..

    BalasPadam
  18. Congrats to Datuk. Hopefully he will be taking the responsibility and be a good mayor.

    BalasPadam
  19. At last the Mayor is a Dusun! But of course race is not a matter at all.

    BalasPadam
  20. Taniah kepada Datuk Abidin Madingkir. Jalankan t/jawab dengan baik bagi memastikan nama baik b/raya KK kekal masyur:)

    BalasPadam
  21. Taniah juga kepada Datuk Iliyas kerana telah menjalankan t/jawab yang telah diamanahkan sepanjang jadi mayor:)

    BalasPadam
  22. Semoga perkara ni disambut baik oleh masyarakat Sabah.

    BalasPadam
  23. Saya yakin dengan pertukaran ni rakyat akan lebih mengharapkan yang terbaik daripada mayor B/raya KK yang baru:)

    BalasPadam
  24. Lepas ni tak perlu lagi risau dengan persoalan siapa akan jadi mayor KK baru. Kini soalan tu dah terjawab:)

    BalasPadam
  25. Selamat berjuang Datuk Abidin.

    BalasPadam
  26. I do believe he can do hsi very best in managing KK.

    BalasPadam
  27. Usaha tangga kejayaan.Beliau bijak menangani permasalahan yang ada.

    BalasPadam
  28. He has the power to make a change.

    BalasPadam
  29. Tahniah la bah datuk ku

    BalasPadam