Selasa, Disember 14, 2010

POLIS SABAH IKRAR MASA RESPONS 15 MINIT

Polis Sabah Ikrar Masa Respons 15 Minit

KOTA KINABALU, 13 Dis (Bernama) -- Polis Sabah meletakan sasaran masa respons 15 minit ke atas apa-apa maklumat atau situasi dan penubuhan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi daerah 'titik panas' di negeri itu.

Ini adalah antara agenda Ketua Polis Sabah yang baru untuk menambah nilai sistem penyampaian kontinjen polis negeri itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata langkah itu bagi memastikan polis tertakluk kepada sasaran mengurangkan indeks jenayah NKRA berhubung jenayah komersial kepada lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus.

Dalam sidang akhbar sulungnya di sini Isnin, beliau mengakui respons polis terhadap siasatan adalah perlahan kerana antaranya disebabkan faktor topografi dan logistik.

Hamza menjelaskan polis negeri mengambil pendekatan itu selepas Kuala Lumpur buat pertama kali mengamalkan pendekatan tempoh respons kepada 15 minit.

Mengenai daerah yang dianggap 'titik panas' di bawah inisiatif NKRA seperti diamalkan oleh Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor, katanya, Sabah akan memulakan dengan lima daerah yang merekodkan kadar jenayah yang tinggi.

Beliau mengakui polis negeri tidak boleh membanteras jenayah secara sendirian dan akan meminta kerjasama agensi kerajaan lain dengan menggunakan Strategi Laut Biru.

32 ulasan:

  1. lebih mudah mencapai sasaran itu jika lebih banyak cawangan polis dibuka. dan lebih baik jika ketua polis Sabah dapat memantau setiap tingkah laku serta pergerakkan anggotanya memandangkan telah banyak aduan yang mendakwa kononnya polis Sabah melindungi penjenayah atau paling tepat menyalah gunakan kuasa.

    BalasPadam
  2. statistik sebelum ini menunjukkan kadar jenayah yang berlaku di Sabah adalah yang kedua terendah. jika pihak polis serius mencapai sararan itu, saya yakin kedudukan Sabah akan lebih baik selepas ini.

    BalasPadam
  3. Pastikan ia dapat dilakukan.

    BalasPadam
  4. sasaran yang baik. pastikan sasaran ini dilaksanakan seperti apa yang dikatakan.

    BalasPadam
  5. jika polis bersungguh-sungguh dan semua pihak sedia bekerjasama pasti kadar jenayah akan berkurangan.

    BalasPadam
  6. Semoga kes jenayah akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Kami akan membantu PDRM untuk memberikan maklumat sekiranya perlu.

    BalasPadam
  7. Polis Sabah pasti boleh melakukannya. Tidak mustahil ini akan dapat ditangani. Memang jenayah perlu dihentikan di negeri kita ini.

    BalasPadam
  8. sekiranya PDRM bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan jenayah tidak mustahil jumlah jenayah akan berkurangan. Kita mengharapkan negara kita ini menjadi kosong jenayah pada akan datang. Sokongan dan bantuan dari rakyat juga perlu untuk memudahkan PDRM.

    BalasPadam
  9. Semoga kadar jenayah di sabah akan turun. Saya yakin dengan polis sabah dapat melakukannya.

    BalasPadam
  10. Saya harap polis dapat mengotakan janjinya.

    BalasPadam
  11. harap polis dpt melakukannya dgn baik.

    BalasPadam
  12. I know our Police can do this. I mean, why not? Is it that difficult for 1Malaysia?

    BalasPadam
  13. I tahu Malaysia BOLEH!!!

    BalasPadam
  14. tidak mustahil jika berusaha dan mempunyai keperluan yang mencukupi.

    BalasPadam
  15. "...Beliau mengakui polis negeri tidak boleh membanteras jenayah secara sendirian dan akan meminta kerjasama agensi kerajaan lain dengan menggunakan Strategi Laut Biru..."

    diharap agensi kerajaan lain akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada PDRM..

    BalasPadam
  16. diharap apa yang dihajati akan tercapai..

    BalasPadam
  17. apa-apa pun, all the best!

    BalasPadam
  18. 15 mins? I hope the police will able to fulfill the timeline.

    BalasPadam
  19. Bagus jugalah kalau dapat dilakukan :)

    BalasPadam
  20. Tapi saya yakin jika dengan kesungguhan pasti Sabah polis Sabah dapat lakukan :)

    BalasPadam
  21. Ya surinah. Rakyat pun harus bagi kerjasama bagi memastikan usaha ini berjaya :)

    BalasPadam
  22. Ya len. Pastikan sasaran ini tercapai. Jangan pula dikatakan nanti 'cakap tak serupa bikin' :P

    BalasPadam
  23. Apapun, all the best :)Semoga kadar jenayah dapat dikurangkan.

    BalasPadam
  24. Semangat ini patut dicontohi oleh semua. Termasuklah pihak hospital dan bomba.

    BalasPadam
  25. Semoga polis di Sabah dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

    BalasPadam
  26. Baguslah kalau pihak polis bertekad untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka, harap mereka boleh melakukannya dengan baik.

    BalasPadam
  27. Hope that they will work hard to improve their service.

    BalasPadam
  28. Hopefully this will help reduce the crime rates in Sabah.

    BalasPadam
  29. Harap mereka akan berusaha menurunkan masalah jenayah dengan cara ini.

    BalasPadam
  30. Ini sudah bagus, satu semangat yang patut kita galakkan dan contohi. Teruskan semangat ini untuk negara dan bangsa.

    BalasPadam
  31. I hope the police force will continue to work harder.

    BalasPadam