Doktor Klinik Swasta Di Tawau Mati Dibunuh
TAWAU: Seorang doktor sebuah klinik swasta di sini ditemui mati dibunuh di kediamannya di Taman Bunga Tulip di sini, pada Rabu.
Mayat Dr Lim Tow Kiat, 49, ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah oleh seorang pekerja kliniknya yang ke rumah doktor itu kira-kira pukul 9 pagi.
"Terdapat kesan luka di bahagian belakang kepala dipercayai akibat pukulan senjata tumpul," kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin.
Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, polis percaya doktor itu dibunuh kira-kira lapan jam sebelum mayatnya ditemui.
"Tidak ada harta benda mangsa yang hilang sama ada wang ringgit atau barang bernilai lain. Satakat ini, kami percaya kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham dengan orang yang dia kenal memandangkan tiada tanda rumah itu dipecah masuk," katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
----
Cemburu punca amah bunuh isteri majikan
SUSPEK kes bunuh warga emas di Kampung Lubuk Tapah dibawa polis ke mahkamah untuk mendapat perintah reman.
KOTA BHARU: Hubungan sulit antara suami dan pembantu rumah warga Indonesia dipercayai punca pergaduhan dan seterusnya pembunuhan ngeri seorang wanita warga emas di di Kampung Lubuk Tapah, kelmarin.
Mangsa Yeap Seok Pen, 60, yang juga mempunyai penyakit parkinson sejak beberapa tahun lalu mengesyaki amah yang juga suspek berusia 21 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan suaminya, Lee Lai Wing, 64.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner (SAC), Mazlan Lazim, berkata mangsa cemburu dengan layanan suaminya terhadap suspek yang dikatakan malas bekerja tetapi suami mangsa tetap memberi layanan yang baik.
"Ketika kejadian, mereka dipercayai bergaduh sehingga ada jiran mendengarnya.
Suspek yang tidak tahan dengan sikap Yeap, mengambil sebilah pisau lalu menikamnya bertubi-tubi di muka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Melihat mangsa berlumuran darah, pembantu rumah itu melarikan diri.
----
Tangan lelaki pecah rumah berjaya disambung semula
KOTA BHARU: Lelaki yang putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak pemilik rumah ketika mengumpil tingkap rumah berkenaan di Kampung Pengkalan Gaduh, dekat Keluang, Selasa lalu selamat menjalani pembedahan menyambung tangannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam.
Sumber HUSM berkata, suspek berusia 29 tahun itu dimasukkan ke HUSM jam 9 pagi kelmarin, dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebaik menjalani pembedahan di pergelangan tangan kirinya.
Katanya, pihaknya dimaklumkan kakitangan bilik bedah terbabit suspek kini stabil dan dikawal anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.
“Suspek kini stabil dan masih menerima rawatan walaupun ditempatkan di bilik ICU sebaik menjalani pembedahan menyambung semula pergelangan tangannya yang putus kerana ditetak dengan parang oleh pemilik rumah yang cuba dipecah masuk malam kelmarin,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.
---
diharapkan kes jenayah yang berlaku ini akan dapat diselesaikan oleh pihak polis.
BalasPadamsesiapa yang mempunyai maklumat perlulah memberitahu pihak polis bagi membantu siasatan.
BalasPadammacam kes jenayah berlalu sekarang ni.
BalasPadamDasyatnya...
BalasPadamPastikan mereka yang didapati salah akan diambil tindakan berdasarkan kesalahan yang dibuat oleh mereka.
BalasPadamMacam mana dia kena bunuh ?
BalasPadamTidak cukup Doctor di Sabah, tahu ?
I hope the murderer will be found out. The police must investigate this issue the best they can.
BalasPadamSemakin berleluasa kes jenayah di negara kita ini. Dimerata tempat ada jenayah berlaku.
BalasPadamKesalahan dan hukuman haruslah setimpal duberikan kepada pesalah. Semoga masalah jenayah akan berkurangan.
BalasPadamjenayah ada di mana2 dan boleh berlaku pada bila2 masa. jangan mudah rasa selamat walaupun kadar jenayah dinegara ini menunjukkan penurunan. sentiasa berhati2..
BalasPadamAmat kejam dan dahsyat.
BalasPadamdoii, dunia hari ni memang menakutkan :(
BalasPadamEntah ke mana hilangnya perikemanusiaan masyarakat hari ni sehingga tergamak melakukan jenayah.. huhu
BalasPadamsaya semua pelaku ini dapat ditahan dan dikenakan hukuman yang setimpal. Biar jadi pengajaran pada org ramai.
BalasPadamya Marmaduke. Memang dashyat kan. huhu
BalasPadamApapun saya harap masyarakat akan memupuk sifat kasih sayang sesama manusia. Jauhilah jenayah dan jalani hidup dengan lebih sempurna.
BalasPadamKes jenayah semakin banyak di negara kita. Baik semua rakyat berwaspada.
BalasPadamKes pembunuhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham. Adakalanya golongan profesional kena lebih memahami daripada golongan yang tidak profesional. Sebab golongan tidak profesional ini bertindak mengikut hati dan perasaan sahaja tanpa fikir panjang. so kena lebih berhati-hatilah.
BalasPadamSiasatan harus dijalankan oleh pihak berkuasa dan mengenakan tindakan yang setimpal kepada pesalah kerana mangsa yang terbunuh adalah seorang doktor.
BalasPadamMacam2 perkara yang tidak diingini berlaku sejak kebelakangan ini. Semakin hari semakin bertambah kes bunuh. Kita kena berhati2 agar tidak terlibat dengan sebarang kes bunuh.
BalasPadam