Ada Penduduk Di Pedalaman Limbang Belanja RM700 Untuk Ke Hospital
LIMBANG, 25 Dis (Bernama) -- Masih ramai penduduk di kawasan pedalaman Limbang berhadapan masalah untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang baik disebabkan kekurangan kemudahan klinik dan hospital, kata anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah di sini.
Beliau berkata untuk mendapatkan rawatan perubatan biasa di hospital Limbang sesetengah penduduk khasnya yang tinggal di Ulu Mendamit dan Ulu Lubai di pedalaman Limbang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk belanja pengangkutan.
"Ada penduduk, seperti di Long Napir misalnya terpaksa berbelanja sekitar RM700 untuk mendapatkan sekali rawatan kesihatan di Hospital Limbang dan ia pastinya menjadi beban utama penduduk yang hanya terdiri daripada golongan petani kecil-kecilan," katanya ketika ditemui di sini.
Katanya beliau berharap kerajaan akan dapat menimbang usaha membangunkan kemudahan klinik kesihatan di kawasan pedalaman Limbang selain meningkatkan kemudahan jalan raya, elektrik dan air yang diperlukan di kawasan tersebut.
Dalam pada itu Muhyiddin yang melawat Limbang dan Lawas baru-baru ini berkata kerajaan memang prihatin dengan masalah penduduk di pedalaman Sarawak dan akan memastikan Klinik 1Malaysia dapat diwujudkan masing-masing satu di Limbang dan Lawas.
Bahagian Limbang dan Lawas yang terpisah oleh dua wilayah Brunei mempunyai kira-kira 49,000 penduduk dan kebanyakkkan adalah dari masyarakat Orang Ulu selain Melayu, Cina dan Iban.
kerajaan harus menyediakan kemudahan klinik di kawasan2 pedalaman kerana bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan penyakit.
BalasPadamdiharapkan kemudahan klinik kesihatan dapat dibangunkan di kawasan pedalaman berkenaan.
BalasPadamharap pekara ini dapat diambil perhatian dengan segara. ini bagi membolehkan penduduk pedalaman mendapatkan kemudahan kesihatan yang diharapkan.
BalasPadamrm700 bukan jmlah yg sedikit, kerajaan harus menyediakan kemudahan klinik bagi memudahkan penduduk.
BalasPadamItulah pentingnya kerajaan membina klinik2 atau hospital yang lebih dekat dengan kawasan pedalaman. Ini dapat menyenangkan lagi rakyat yang berada di kawasan pedalaman.
BalasPadamkerajaan wajib menterjemahkan keperihatinan mereka terhadap rakyat kedalam bentuk tindakan. sekadar menyuarakan keperihatinan tapi tidak melakukan apa2 tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan memberikan masalah kepada kerajaan kelak.
BalasPadamThe government should provide affordable medical and health care for the people, especially for the poor.
BalasPadamSemoga kerajaan akan mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat.
BalasPadam