Resolusi 100 Hari Hanya Dilaksana Apabila Pembangkang Perintah Negara - Nik Aziz
KOTA BAHARU, 25 Dis (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka pada Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.
"Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara...tunggulah dulu...jangan nak jadi gangster," katanya kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK) di sini Sabtu.
Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.
"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja," katanya.
Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina di dalam masyarakat.
kita lihatlah nnti adakah resolusi 100 hari itu akan trcapai.
BalasPadamsusah untuk saya percaya resolusi 100 hari ini.
BalasPadambukannya mudah untuk melaksanakan pekara-pekara penting dalam 100 hari. setiap individu perlulah bijak dalam menilai sesuatu.
BalasPadamrasanya resolusi ini tk tercapai, sama seperti jnji 16 september yang tidak tercapai langsung.
BalasPadamSampai bila la kita nak menunggu? tapi yang herannya hantaran kawen yang diminta sangat2 sedikit....kesian anaknya..
BalasPadamjika kita lihat dan nilai perkara2 yang ingin diselesaikan oleh PR dalam masa 100 hari, sebenarnya ia amat sukar untuk dicapai. pembangkang hanya menggunakan janji 100 hari ini sebagai modal politik mereka untuk mendapatkan kuasa.
BalasPadamLet us wait and see what they are capable of accomplishing after a hundred days. After that, then we judge.
BalasPadamMemang RM1000 itu berpatutan. Tapi seharusnya memikirkan juga untuk masa depan keluarga itu nanti.
BalasPadam