Isnin, Ogos 30, 2010

6% DARI 9,642 BUAH SEKOLAH DALAM KEADAAN FIZIKAL YANG KRITIKAL, KEBANYAKAN BERADA DI SABAH & SARAWAK - FUAD

Beberapa Sekolah Di Sabah,Sarawak Berada Dalam Kritikal

BELURAN: Sebanyak enam peratus daripada 9,642 sekolah di negara ini yang diaudit oleh Jawatankuasa Audit Kemudahan Sekolah Kementerian Pelajaran dikategorikan dalam keadaan fizikal yang kritikal, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata kebanyakan sekolah dalam kategori itu terletak di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Katanya, antara masalah yang dihadapi ialah soal pendawaian elektrik dan kekurangan kemudahan rumah guru.

Berikutan masalah ini yang turut dialami sekolah menengah, sekolah-sekolah berkenaan terpaksa menumpang di bangunan sekolah rendah.

"Laporan mengenai sekolah yang diaudit oleh jawatankuasa audit kemudahan sekolah itu sudah siap dan saya sendiri telah melawat ke beberapa sekolah itu bagi melihat ketepatan maklumat laporan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat SK Pekan Beluran di sini Ahad, Mohd Puad berkata laporan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu depan.

Dalam lawatan hari ini, Mohd Puad melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Ulu Sapi dan SMK Balaban Jaya di sini yang beroperasi dengan menumpang di bangunan sekolah rendah.-BERNAMA

23 ulasan:

  1. harap sekolah-sekolah yang berada dalam kategori keadaan fizikal yang kritikal dapat diperbaiki. ini bagi membolehkan pelajar dan guru boleh berada dalam keadaan selesa dan selamat.

    BalasPadam
  2. Diharapkan sekolah-sekolah yang ada akan diperbaiki dari segi keadaan fizikan, kualiti pelajaran, guru yang berkelayakan dan juga peruntukan yang mencukupi.

    BalasPadam
  3. sekolah yang berada dalam keadaan fizikal yang kritikal perlu diperbaiki. ini bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan selesa.

    BalasPadam
  4. seklah yang dalam keadaan fizikal kritikal mmg masih byk terdapa di negeri Sabah terutamanya di kawasan pedalaman. masih byk kekurangan dari segi infrastruktur dialami, kerajaan harus memberi tumpuan kepada sekolah2 ini bagi memastikan pelajar dan guru2 dapat melalui proses pembelajaran dgn baik dan selesa.

    BalasPadam
  5. Bagilah peruntukkan untuk sekolah yang berada diluar bandar dan juga pendalaman. tidakkah kasian, pelajar sekolah menengah menumpang dibangunan sekolah rendah kerana tidak ada banguna mereka sendiri. Oleh itu, tindakkan perlu untuk menangani masalah ini.

    BalasPadam
  6. Waaa...Semoga dengan adanya program seperti ini, segala masalah akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Apabila itu berlaku maka keseiesaan pembelajaran akan dinikmati oleh semua pelajar yang mana akan menggerakkan mereka untuk mendapat ilmu dengan baik.

    BalasPadam
  7. Lots of underprivileged schools are available in Sabah. You named it.

    BalasPadam
  8. Walaupun begitu, saya percaya dengan keikhlasan kerajaan, pasti menemui jalan penyelesaian dalam memberikan hasil terbaik untuk mereka2 di pedalaman itu.

    BalasPadam
  9. Harap kerajaan akan cuba untuk menyelesaikan masalah tetang kekurangan yang dihadapi oleh Sekolah-sekolah pendalaman dan juga luar bandar.

    BalasPadam
  10. sekolah2 seperti ini harus diberi perhatian. ia perlu dibangunkan demi pendidikan anak2 masa kini.

    BalasPadam
  11. datanglah ke mana2 sekolah yang terletak di kawasan pedalaman, pasti ramai yang bersetuju dengan kenyataan Dr Mohd Puad. baru2 ini rakan saya yang mengajar di Pitas mengeluh kerana rumah guru yang disediakan terlalu uzur sehingga boleh dimasuki air ketika musih hujan.

    BalasPadam
  12. sekurang2nya bagilah sekolah2 di pendalaman ini kemudahan yang paling asas untuk kemudahan pembelajaran dan keselesaan tempat tinggal untuk guru2.

    BalasPadam
  13. Saya yakin hal ini sudah lama berlaku cuma kurang perhatian dari pihak yang berwajib. Tapi bila sudah dikesan dan dikenalpasti di mana yang memerlukan pembaikpulihan, semoga dapat di perbaiki secepat mungkin.

    BalasPadam
  14. Adalah penting untuk memperbaiki demi untuk keselesaan pelapis generasi kita.. Jika mereka tidak mendapat keselesaan ini akan melambatkan pembelajaran dan akan membantutkan pembelajaran mereka. Secara tidak langsung ini akan mempengaruhi pertumbuhan negara tidak kira dari segi ekonomi atau secara menyeluruh....

    BalasPadam
  15. Kesian ba sabah ni & sarawak ni.huhuhu

    BalasPadam
  16. Saya harap hal ni dapat perhatian sewajranya.. Keadaan fizikal sesebuah sekolah agak mempengaruhi sistem pembelajaran murid. Jadi ambil tindakan cepat atasi masalah ni.

    BalasPadam
  17. Memang lafizah. Malah bagi saya hal ni tak sepatutnya berlaku. Justeru kerajaan hendaklah berusaha sedaya mungkin tanggani hal ni.

    BalasPadam
  18. Perbaiki setiap kekurangan yang ada.. Saya yakin semuanya akan beransur pulih :)

    BalasPadam
  19. Ya setuju sama pandangan kamurang semua!!!

    BalasPadam
  20. Well, I hope repairs and maintenance is in the process..:)

    BalasPadam
  21. Jangan risau, segala masalah pasti akan menemui jalannya.

    BalasPadam
  22. Please act upon. No more delays.

    BalasPadam
  23. Keadaan sekolah yang usang dan uzur menyukarkan lagi sistem pendidikan yang lebih baik kepada murid2.Saya amat berharap tindakan yang drastik harus diambil.

    BalasPadam