Khamis, Julai 01, 2010

KOKURIKULUM MUNGKIN DIAMBIL KIRA JIKA MANSUH UPSR, PMR

Kokurikulum Mungkin Diambil Kira Jika Mansuh UPSR, PMR

BUKIT MERTAJAM, 30 Jun (Bernama) -- Kokurikulum mungkin diambil kira dalam menilai pencapaian pelajar sekiranya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata bagaimanapun kerajaan perlu membuat penilaian terperinci dan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu.

"Mungkin kokurikulum juga satu daripada aspek (menilai pencapaian), tetapi saya tidak mahu terangkan dulu kerana perlu dibincangkan dengan Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebelum sebarang ketetapan dibuat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Jambori Persahabatan Antarabangsa Malaysia di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan kokurikulum dijadikan salah satu aspek untuk menilai pelajar jika kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan.

Muhyiddin sebelum ini menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan UPSR dan PMR pada masa akan datang kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Antara kemungkinan yang sedang dikaji ialah UPSR dan PMR akan hanya diteruskan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Alimuddin berkata kementerian itu sedang mengumpul maklum balas daripada semua pihak terlibat sebelum satu sesi meja bulat diadakan bagi membincangkan cadangan memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu.

"Kami akan menjemput pelbagai pihak antaranya parti politik bagi mendapatkan pandangan berhubung cadangan memansuhkan UPSR dan PMR," katanya.

11 ulasan:

  1. jangan terburu2 dan gunalah masa yang lama untuk membincangkan cadangan ini.. diharapkan pelaksanaannya kelak berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang masalah diperingkat sekolah..

    BalasPadam
  2. keputusan kerajaan akan kami sokong jika membawa faedah kepada semua. tapi sekiranya sebaliknya mungkin bantahan dan cadangan akan dikemukan. keputusan kerajaan adalah untuk semua.

    BalasPadam
  3. itu terpulang dengan kerajaan mahu ambil kira Ko-kurikulum selepas pemansuhan. ini bukan bawa keburukan kepada semua. jadi kerajaan haruslah pandai membuat sesuatu keputusan.

    BalasPadam
  4. Pandangan semua pihak perlu diambil kira untuk membantu kerajaan dalam membuat keputusan. Apa-apa pun, saya percaya kerajaan akan membuat keputusan yang terbaik untuk semua.

    BalasPadam
  5. Ya, tanpa beban peperiksaan, pelajar boleh lebih aktif dalam kokurikulum. Terutamanya sukan, kebanyakan pelajar hari ini kurang bersenam.

    BalasPadam
  6. I for one is all for it. Co-curriculum is a good way to gain experience and extra-knowledge, and also allows the students to learn about stuffs like team work or leadership. Something that could not be learn from text books.

    Other than that, Johnny has a good point, nowadays students don't have much time to play or exercise because the school and parents wanted them to focus more on school work and examinations.

    BalasPadam
  7. The minister must consider other better ways to replace the examinations should they decide to abolish it.

    BalasPadam
  8. The government must do what is best for the country.

    BalasPadam
  9. There is still time to study and review before making a decision. Hopefully it doesn't effect the students future.

    BalasPadam
  10. Apa-apa pun, menteri pendidikan perlu membuat keputusan yang terbaik setelah membuat pertimbangan dan pengajian.

    BalasPadam
  11. They are still considering it, anything might happen.

    BalasPadam