Kepimpinan bersifat intelektual dan tidak bersandarkan kepada material itu juga boleh menyumbang kepada pembentukan akhlak politik yang lebih baik di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.
"Jadi, kalau guru menjadi pemimpin, mereka memberi kepimpinan yang lebih diterima sebab nilai kepimpinan itu bersandar kepada keilmuan dan kedudukan mereka yang boleh dikatakan dihormati oleh masyarakat secara umumnya walaupun ada kes-kes tertentu,"
Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri
----
Kebenaran itu bagaimanapun tidak boleh disalahgunakan sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki sebagai pendidik anak bangsa.
Kebenaran itu harus digunakan sebaiknya kerana ia adalah pengiktirafan kepada jasa dan peranan mereka selama ini dalam arena pendidikan dan politik negara.
"Cuma harapan kita jangan abaikan tanggungjawab sebagai guru yang mana mereka diamanahkan untuk mendidik anak bangsa,"
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
----
"Jika sekarang guru siswazah DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik, mengapa tidak kita beri peluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian,"
Anggota Majils Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah
----
Kerajaan membenarkan guru aktif semula dalam politik bagi membolehkan mereka memberi sumbangan kepada masyarakat di luar waktu persekolahan.
"Terpulang kepada guru nak sokong mana-mana parti politik. Apabila kita sudah benarkan (mereka menyertai politik), itu memang sudah diberi pertimbangan oleh KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan).
"Kita tidak boleh diskriminasi...harapan kita sebagai kerajaan Barisan Nasional, (biarlah) mereka dapat sokong kita. Kalau mereka nak sokong pembangkang, kita tidak boleh sekat,"
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
-----
Guru memiliki banyak ciri kepimpinan dan ia telah dibuktikan dalam sejarah negara sendiri apabila mereka menjadi antara pejuang yang menuntut kemerdekaan.
"Saya kira dengan cara ini mereka boleh membantu, khususnya untuk meningkatkan lagi pendidikan dan juga untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Ini merupakan satu peluang kepada guru-guru kita dan saya ucapkan terima kasih di atas kebenaran itu,"
jadi maknanya kerajaan memberi kebebasan kepada mereka untuk menyokong mana2 parti.. ini sesuatu yang baik, apa2pun diharapkan keputusan ini tidak akan menggangu tanggungjawab utama mereka.
BalasPadamtiu memang patut pun. mereka berhak untuk memilih mana-mana parti yang mereka mahukan. ini menandakan kerjaan tidak berat sebelah dalam hal ini.
BalasPadamtugas mendidik pelajar perlu diutamakan oleh seorang guru. namun tidak ada salahnya jika mereka terlibat dengan politik, selagi tidak menjejaskan tugas mereka sebagai seorang guru.
BalasPadamwalaupun guru2 dibenarakan terlibat dalam politik. biarlah tanggungjawab mereka sebagai guru tidak diabaikan.
BalasPadamdiharapkan juga guru yan terlibat dalam politik, tidak melibatkan perkara2 politik dalam pembelajaran.
BalasPadamHanya satu persoalan yang bermain dalam fikiran, bagaimana mungkin dapat guru bergiat dalam politik sedangkan politik secara kasar dilihat lebih banyak negatif.
BalasPadamSelain itu juga, adakah guru hanya akan terikat dengan kerajaan? bermaksud jika guru tersebut berada di pihak pembangkang adakah status guru akan tetap atau sebaliknya..
BalasPadamKenapa guru siswazah DG41 hingga DG48 sahaja dibenarkan berpolitik???
BalasPadamThe idea of allowing the teachers to be involve in politic doesn't seem like a good one. Teachers are teachers. Why the need for them to join politics. Whatever it is, i hope the government made the right choice. Wouldn't want the teacher to lose focus on the things their suppose to do which is educating our children.
BalasPadamIs this a desperate move made by the government to earn more votes?
BalasPadamDiharapkan guru siswazah tidak akan mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak bangsa. Selalu ingat untuk mengutamakan tugas kamu sebagai guru.
BalasPadamTeachers in politics? Hopefully teachers that are allowed to involve in politics will not influence or brainwash students anything regarding politics.
BalasPadamDiharapkan keputusan ini wajar.
BalasPadamguru merupakan golongan yang dihormati oleh masyarakat sebagai seorang pendidik. diharap guru sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik walaupun terlibat dalam politik
BalasPadamApabila mereka dibenarkan untuk melibatkan diri dalam politik, diharapkan mereka tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai pendidik..
BalasPadam