Ahad, Julai 04, 2010

GAGASAN 1MALAYSIA CUMA HANYA RETORIK ATAU CAKAP-CAKAP KOSONG SAHAJA ?

Rais: Agensi Dan Kementerian Perlu Mengadakan Lebih Banyak Program Sentuhan Rakyat

JELEBU, 3 Julai (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu semua agensi di bawah kementerian itu mengadakan lebih banyak program yang mempunyai sentuhan rakyat dalam melaksanakan gagasan 1Malaysia.

"Jadi kalau ke kampung misalnya kita harus membantu Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan pesawah-pesawah dan petani-petani serta anak-anak kita yang masih belajar untuk maju ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sepetang Mengemping Bersama Masyarakat Kampung Gagu di sini.

Rais berkata usaha melaksanakan gagasan 1Malaysia perlu dilihat dengan usaha yang ikhlas untuk membantu membangunkan masyarakat, dan bukan hanya berdasarkan pada retorik atau cakap-cakap saja.

Ini memerlukan semua pemimpin termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan bertindak mewujudkan sentuhan rakyat yang dapat membangunkan masyarakat dalam usaha menyemarakkan gagasan tersebut, katanya.

Rais berkata pelaksanaan gagasan 1Malaysia ini perlu dielak dari terlampau tertumpu kepada aspek "ceremonial" atau acara rasmi seperti kempen dan ucapan, dan aspek sentuhan rakyat perlu ditingkatkan.

image"Apa yang dimasukkan dengan erti sentuhan rakyat itu, ialah ia harus nampak isinya jadi kalau 1Malaysia itu asas kepada perpaduan dan nilai-nilai tunggak yang lapan, maka kita harus libatkan sekolah, kampung, kampung baru, pekan, pasar, belia dan badan-badan bukan kerajaan," katanya.

Beliau berkata agensi dan kementerian itu perlu melihat apa saja peluang yang boleh disumbangkan kepada masyarakat dalam menjayakan gagasan 1Malaysia ini dan "1Malaysia bukan tamat apabila pemimpin habis berucap."

24 ulasan:

  1. ya.. usaha untuk melaksanakan gagasan 1Malaysia perlu dijalankan, bukan hanya sekadar berkata2 sahaja.

    BalasPadam
  2. kerjasama semua pihak haruslah ada untuk menjayakan gagasan 1 malaysia ini.

    BalasPadam
  3. pelaksanaan gagasan 1Malaysia ini perlu dilakukan secara berterusan dan melihat apa saja peluang yang boleh disumbangkan kepada masyarakat samada di bandar mahupun luar bandar..

    BalasPadam
  4. Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara ini sebagai lambang komitmen dan usaha kerajaan untuk rakyat demi mencapai yang terbaik untuk negara.

    BalasPadam
  5. Bagi menyemarakkan lagi gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat. Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status dan memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum.

    BalasPadam
  6. gagasan 1Malaysia perlu diteruskan, semua pihak harus bekerjasama agar matlamat 1Malaysia tercapai. ia akan menyatukan kita semua.

    BalasPadam
  7. gagasan 1malaysia ini bukan kata-kata saja. tapi ini merupakan satu slogan yang sangat penting untuk menyatukan kaum yang berbilang di malaysia. 1malaysia untuk semua.

    BalasPadam
  8. Konsep 1 Malaysia tidak boleh menjadi nyata tanpa kerjasama setiap pihak.

    BalasPadam
  9. When people like Rais are questioning the concept and others who went against the concept, how can we achieve 1 Malaysia?

    BalasPadam
  10. Gagasan 1Malaysia perlu berterusan dari pelbagai kalangan masyarakat agar hidup aman damai.

    BalasPadam
  11. Dengan adanya sokongan rakyat kepada kerajaan maka konsep 1malaysia dapat diteruskan.

    BalasPadam
  12. 1Malaysia is all about tolerance, harmony and unity. Without the three main keys, it is impossible for the country to prosper. So, as they say, walk the talk sir, walk the talk. Make 1Malaysia happen instead of just empty talks.

    BalasPadam
  13. jika kita memandang negatif terhadap konsep tersebut, maka negatif la hasilnya.. saya yakin kerajaan telah sedia maklum dengan apa yang dikatakan oleh Dr Rais..

    BalasPadam
  14. memang tepat...semua perlu bersatu

    BalasPadam
  15. gagasan 1Malaysia patut di sokong oleh semua pihak..baru matlamat yang disasarkan boleh tercapai dan membawa kebaikan kepada semua pihak...

    BalasPadam
  16. 1 Malaysia is nothing without everyone's cooperation. So, I suggest ministers stop going against 1 Malaysia.

    BalasPadam
  17. I think Najib should be stricter with people who refuses to join in to make 1 Malaysia concept possible.

    BalasPadam
  18. Jika rakyat sendiri tidak tampil untuk menyemarakkan 1Malaysia, maka ianya akan tersekat disitu sahaja. Hal ini memerlukan rakyat untuk sama2 menjayakan apa yang telah diseru.

    BalasPadam
  19. tidak ada konsep atau dasar yang dibuat oleh kerajaan bertujuan untuk memusnahkan rakyat dan negara.. keberkesanan konsep tersebut bergantung dengan pelaksanaannya. kadang2 tanggapan negatif atau sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggunjawab boleh menyumbang kepada kegagalan konsep ini.

    BalasPadam
  20. Semua pihak harus berkerjasama untuk menjayakan konsep 1Malaysia ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, konsep ini tidak akan dapat dijayakan.

    BalasPadam
  21. C'mon ppl, let's join forces and make this 1Malaysia concept a successful one! ;)

    BalasPadam
  22. Untuk jayakan gagasan ni semua pihak harus bekerjasama. Jangan asyik fikir yg -ve kalau mahu gagasan ni terlaksana :)

    BalasPadam
  23. Dari kita juga ba tu. Kalau kita mahu sokong aspirasi kerajaan konpom berjaya la juga tu nanti. Kalau tak, alahai... sebaliknya la yg berlaku.
    So tepuk dada tanya selera. hehehe

    BalasPadam
  24. kerjasama diperlukan dari semua pihak unutk menjayakan gagasan 1 malaysia. tidak kira pegawai, orang bawahan, orang kampung dan sebagainya mari bersatu untuk menjayakan gagasan 1 malaysia ini.

    BalasPadam