BEIJING: Tugas sebagai jurutol bukan luar biasa bagi wanita di ibu kota China ini tetapi kemunculan seorang 'jurutol' baru berusia pertengahan umur, benar-benar mengejutkan pemandu kenderaan apabila hanya memakai coli dan seluar pendek ketika 'bertugas'.
Wanita itu dilihat mundar-mandir antara lampu trafik untuk memungut bayaran ‘tol’ daripada semua pemandu kenderaan yang menggunakan persimpangan Xihuamen dan North Street.
Laporan media tempatan menyatakan, wanita itu akan memberi isyarat kepada pemandu untuk memberhentikan kenderaan mereka sebelum mendekati tingkap kereta bagi memungut bayaran.
“Wanita itu akan menghalang kenderaan daripada meneruskan perjalanan sehingga pemandunya membuat bayaran. Kebanyakan pemandu akan membayar dan dibenarkan pergi,” kata laporan itu.
Bagaimanapun, sikap seorang pemandu sebuah kereta Honda berwarna hitam enggan berbuat demikian mencetuskan kekecohan.
“Wanita itu naik radang lalu memanjat kereta itu sebelum menendang cermin depan menyebabkan ia retak. Dia kemudian membuka kasut tumit tingginya dan mula memukul cermin tingkap sambil berteriak: “Kamu mahu bayar atau tidak?” lapor media.
Pertengkaran menyebabkan kesesakan lalu lintas dan polis tiba beberapa minit kemudian.
Wanita itu bagaimanapun berjaya melarikan diri. Seorang warga kota yang menjadi saksi kejadian berkata wanita terbabit mengalami gangguan mental dan kerap menahan kenderaan di jalan raya untuk meminta ‘tol’
---
Rupanya dia mengalami gangguan mental, saya ingat itu satu trend baru di China.
BalasPadamThe previous drivers shouldn't have paid the toll to the woman, instead, they should have called the police.
BalasPadamdia ni sepatutnya dibawa ke pusat pemeriksaan, tak boleh dibiarkan berkeliaran.
BalasPadammm..patutlah berani berpakaian sebegitu..ada masalah mentallah pula. lucu jugalah isu ini.
BalasPadamhahhaha. Suspen aku cerita ni. huhu, susah juga bah kalau mental - apa2 pun diluar kawalan terus..
BalasPadammemang memalukan. Perempuan gila. Mereka haruslah ditangkap. Siasatan perlu dijalankan.
BalasPadam