Isnin, Julai 19, 2010

SURVIVAL UMNO BERGANTUNG KEPADA KEJAYAAN PROSES TRANSFORMASI KERAJAAN DAN POLITIK UNTUK DIRASAI OLEH RAKYAT

UMNO perlu lakukan perubahan radikal untuk terus relevan

KOTA KINABALU 18 Julai - UMNO yang menjadi teras kepada Barisan Nasional (BN) perlu melakukan transformasi secara lebih radikal bagi memastikan ia terus relevan dan diterima.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, senario politik semasa memerlukan semua ahli dan pemimpin UMNO bukan sekadar tahu tetapi sedar dan terlibat dalam proses pembaharuan.

"Sebab itu orang kata soal survival UMNO amat bergantung kepada sejauh mana proses transformasi kerajaan dan proses transformasi politik dapat dijalankan sekali gus untuk dilihat oleh rakyat.

"Kalau kita tidak ambil tindakan drastik dan tidak ada kesungguhan di kalangan ahli dan pemimpin parti untuk bawa perubahan, pengekalan kuasa politik kita boleh diandaikan dalam tempoh itu (dua hingga tiga tahun)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, sekiranya tindakan drastik tidak dilakukan segera, UMNO akan menghadapi situasi yang sukar dan mencabar dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

Tambahnya, perubahan pemikiran rakyat yang ditunjukkan dalam pilihan raya umum lalu juga harus terus diberi perhatian dan iktibar.

"Pada situasi yang agak mencabar pada hari ini di mana pemikiran orang kita sudah berubah membuatkan mereka lebih prihatin, lebih berpengetahuan seterusnya meletakkan mereka dalam keadaan yang lebih peka," ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Jumat Idris; Timbalan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Masidi Manjun; Wakil Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Ariffin Arif dan Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai, Datuk Jainab Ahmad.

----

DPM blames contractors for school computer labs debacle

24 ulasan:

  1. Umno needs more reforms and improvement if they wishes to remain relevant to the people.

    BalasPadam
  2. transformasi yang dilakukan boleh memberikan keyakinan kepada rakyat untuk terus menyokong UMNO. ini bagi membolehkan UMNO terus relevan dan diterima oleh rakyat.

    BalasPadam
  3. UMNO perlu melakukan transformasi kerana rakyat kini inginkan perubahan. dngn tranformasi ini kepimpinan UMNO akan semakin baik dan seterusnya disokong rakyat.

    BalasPadam
  4. Transformation is vital for a better tomorrow.

    BalasPadam
  5. tidak perlu mengulangi kenyataan berkenaan dengan perlunya transformasi kerana rakyat juga sedar bahawa semua parti perlu lakukan transformasi. yang paling penting ialah gerakkan parti masing2 untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa parti tersebut benar2 melakukan transformasi..

    BalasPadam
  6. In politic, it is a survival to the fittest. Those who are strong will thrash the weak. Internal and external transformation is needed for UMNO.

    BalasPadam
  7. jadi, UMNO cubalah yang terbaik untuk rakyat supaya rakyat percaya UMNO pilihan terbaik untuk mereka.

    BalasPadam
  8. JASA KEPADA RAKYAT...itulah yang harus ada sebagai pemimpin..

    BalasPadam
  9. Kalau UMNO ingin mencapai kata sepakat dalam membentuk masyarakat, buktikanlah.

    BalasPadam
  10. A strong party will fall if they are reluctant to do so.

    BalasPadam
  11. UMNO perlu berusaha lebih gigih utk buktikan pada rakyat kemampuan mereka.

    BalasPadam
  12. Betul tu tati:) harap2 UMNO akan buat transformasi secepat mungkin utk kepentingan bukan saja parti tetapi juga utk negara khususnya rakyat.

    BalasPadam
  13. mandau & lek, bah sama2 lah kita harap supaya transformasi umno adalah ke arah yang lebih baik malah menjanjikan perubahan drastik yang mampouy mengembirakan semua pihak :)

    BalasPadam
  14. Betul tu pacayang. Biar next GE UMNO tetap jadi pilihan. hehee

    BalasPadam
  15. Ya 123. Bukti mmg penting. Kalau da terbukti UMNO berjaya buat transformasi sejajar dengan kehendak rakyat, hhmmm bahagialah nampaknya rakyat nanti :) hehe

    BalasPadam
  16. i hope they transform towards the better as they really need to change..

    BalasPadam
  17. Transformation towards a better teamwork.

    BalasPadam
  18. Well, anything will happen in the next GE. So, if you truly a follower and giver, show me what you got.

    BalasPadam
  19. perubahan perlu ada seiring dgn perkembangan semasa.

    BalasPadam
  20. sememangnya transformasiakan menambahkan kepercayaan rakyat kepada UMNO. ini penting bagi memastikan UMNO terus menjadi pihian rakyat.

    BalasPadam
  21. UMNO is definitely in need of radical transformation. Hopefully their transformation will bring positive outcome towards Sabah.

    BalasPadam
  22. Good luck on the UMNO's transformation! A good transformation will regain the rakyat trust.

    BalasPadam
  23. Siapa yang ketinggalan, bukan rakyat yang meninggalkannya padahal ia yang meninggal sendiri.

    BalasPadam
  24. Transfomasi mengikut zaman. Jangan ketinggalan.

    BalasPadam