Dua Juta Blogger Malaysia Bukti Media Tempatan Bebas - Rais
KUALA LUMPUR: Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa tempatan bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.
"Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.
"Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini," katanya.
Beliau menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.
Rais berkata Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.
"Ini tidak termasuk IPTV (eng: Internet Protocol Television) yang sedikit masa lagi akan menjadi lumrah di kalangan rakyat dengan adanya perkhidmatan jalur lebar," katanya.
Perkembangan itu jelas menunjukkan media massa di negara ini tidak terhad seperti yang didakwa Freedom House dan ia hanyalah satu "laporan kerusi selesa", kata Rais.
Bagaimanapun, katanya, pengamal media masih lagi perlu memastikan setiap kandungan yang ingin disiarkan mematuhi undang-undang dan etika yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Ini kerana kebebasan media massa berbeza-beza mengikut negara dan bergantung kepada undang-undang serta etika yang telah ditetapkan.
"Media sebagai alat sebaran am sama ada elektronik dan media cetak tidak mempunyai kebebasan mutlak sebaliknya tertakluk kepada etika, peraturan dan undang-undang negara sedia ada.
"Semua badan penyiar sama ada milik kerajaan atau yang swasta perlu memainkan peranan dalam memastikan kandungan laporan mematuhi undang-undang dalam membantu mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab," kata Rais.
setiap negara mempunyai tafsiran sendiri berkenaan dengan kebebasan media massa bergantung kepada etika, peraturan dan undang-undang yang diamalkan. saya setuju dengan kenyataan Datuk Rais bahawa malaysia mengamalkan kebebasan tersebut dengan melihat kepada kewujudan media2 yang semakin berkembang di Malaysia.
BalasPadamMalaysia mempunyai kebebasan selaras dengan konsep negara demokrasi namun tertakluk kepada etika, peraturan dan undang-undang yang sedia ada.
BalasPadamWalaupun bebas bersuara tapi perlu ada etika dan mengikuti peraturan dan undang-undang.
BalasPadamI was wondering myself if the mass Malaysian media has the freedom of speech but then again, only time will tell.
BalasPadamMalaysia memang sebuah negera yang bebas, ia tidak menghalang rakyat daripada bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing. bagaimanapun ia perlu mematuhi undang-undang dan etika yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
BalasPadambetul, dengan adanya kemudahan ini tidak menghalang rakyat untuk mengemukakan pendapat dan batahan. oleh itu, rakyat boleh membuat apa saja untuk memberi cadangan, bantahan, ketidakpuasa hati dan lain2. tetapi mestilah mengikut dengan syarat yang ditetapkan.
BalasPadamAny blogger can have their freedom of speech as long as they don't cross the line.
BalasPadamkekebasan bersuara adalah lambang kematangan rakyat dalam sesebuah negara
BalasPadamsetiap blogger perlu tahu had dan limit masing-masing kerana menyebarkan maklumat yang menyimpang seperti fitnah, khabar angin, sindiran, dsbnya yang berlaku dalam negara adalah umpama membuka pekung didada...memalukan negara sendiri
BalasPadamkebebasan bersuara bagi media-media di Malaysia sebenarnya bukanlah menunjukkan kebebasan sepenuhnya. warga malaysia perlu tahu had dan jangan tulis sembarangan...'kerana mulut badan binasa'
BalasPadamsaya rasa kebebasan bersuara di media-media Malaysia belum mencapai suatu tahap semua orang boleh menerimanya dengan terbuka dan positif terhadap kritikan atau sindiran.
BalasPadamorang-orang malaysia ni kalau dikritik akan melenting sini sana, saman sana saman sini. rakyat kita masih belum capai tahap kebebasan bersuara sepenuhnya kerana ada adab susila yang perlu dipatuhi.
BalasPadamkalau di UK saya lihat kebebasan bersuara media adalah diluar jangkaan saya. bayangkan mereka sewenang-wenangnya mengkritik keluarga diraja Britain tanpa disaman oleh pihak diraja tersebut. sitcom2 yang ditayangkan juga berbentuk sindiran dan mereka bebas meniru perwatakan setiap ahli politik yang sentiasa penuh dengan isu-isu sensasi. cuma ia tidaklah boleh digunakan di malaysia sebab tahap pemikiran orang-orang malaysia masih amat sensitif dan tidak boleh menerima kritikan terbuka
BalasPadamkritikan ada yang berbentuk sindiran dan ada juga yang berbentuk fitnah. orang boleh berdiam diri bila disindir atau boleh menerimanya dengan hati terbuka. namun bila difitnah, mana2 negara pun akan melakukan perkara yang sama iaitu mempertahankan dirinya atau memperbetulkan keadaan.
BalasPadam