Najib Alu-Alukan Cadangan Nama Bagi Anak Kucing Parsi
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya pada Khamis.
"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my pada Jumaat.
Perdana Menteri berkata beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.
"Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini.
"Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti," katanya.
Najib berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen 'Beli Barangan Malaysia', beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih.
Kenapa tidak membeli kuching tempatan? Bukankah kita harus membeli barangan Malaysia? Hehe
BalasPadamya....kusing kampung pun banyak bah. kusing kampung siam pun ada. Hahahahaha...mesti mau ada standard bah org bilang. bukan sembarang kusing tau!....
BalasPadamI guess our local cats are not good enough for his standard...
BalasPadambetter kasi nama kucing PM 1 Malaysia
BalasPadammenurut firasat, sesiapa yang sukakan kucing adaalh seorang yang penyayang. ada kebenarannya PM adalah penyayang kepada negara dan rakyatnya...
BalasPadamSokong drupia :)
BalasPadamBagi saya orang yang bela kucing ataupun apa2 binatan peliharaan lain, memang seorang yang penyayang... Saya tak bela kucing, tapi kalau ada kucing jiran datang p rumah, saya kasi makan juga la.. Maksudnya saya pun penyayang la ba juga kan. hehheee
Bukan nda cukup standard ba tu tompinai, cuma kucing parsi tu cantik bogia. aku pun suka.. hehhee
BalasPadamSporting ba si Najib ni.. Terserlah gitu kasih sayangnya. hehe
BalasPadamApapun, siou no kopia, tiada pula idea ku untuk nama kucing ni.. :P