Bumburing Gesa Kementerian Kesihatan Segera Naik Taraf Hospital Tuaran
TUARAN, 5 Mac (Bernama) -- Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Wilfred Bumburing menggesa Kementerian Kesihatan segera menaik taraf Hospital Tuaran bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan kira-kira 120,000 penduduk di daerah itu.
Beliau berkata hospital itu perlu dinaik taraf dan amat menyedihkan bahawa sebuah hospital bagi sebuah daerah yang luas seperti Tuaran, dengan populasi 120,000, langsung tidak mempunyai katil.
"Saya juga diberitahu bahawa taraf hospital itu telah diturunkan kepada klinik di masa lepas. Dalam ucapan saya di Parlimen tahun lepas bagi membahaskan Bajet 2010, saya telah menggariskan semua alasan dan rasional mengenai kenapa pembinaan segera sebuah hospital amat diperlukan,"
Kementerian Kesihatan telah memberi jaminan pembinaan fasa kedua hospital itu akan mula tahun ini.
"Walaupun menghargai kebimbangan Kit Siang, saya ingin menyatakan bahawa kami dalam Barisan Nasional telah menjalankan tugas dan tanggungjawab kami dalam membangkitkan perkara-perkara kepentingan awam yang memerlukan perhatian segera kepada pihak berkuasa relevan,"
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan