Sabtu, Februari 13, 2010

"KAMI TERKEJUT DENGAN KENYATAAN PALSU ITU DAN KERAJAAN NEGERI SERTA JABATAN AGAMA ISLAM SEBENARNYA TELAH MERANCANG MENGENAI PELBAGAI PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN INI TIGA BULAN LEPAS,"

Lim Nafi Dakwaan Tiada Perarakan Maulidur Rasul Tahun Ini

PULAU PINANG, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Sabtu menafikan dakwaan kononnya tiada perarakan Maulidur Rasul di negeri ini pada tahun ini, malahan pelbagai program telah diatur selama empat hari berturut-turut mulai 25 Feb sempena sambutan itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

"Kami terkejut dengan kenyataan palsu itu dan kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam sebenarnya telah merancang mengenai pelbagai program sempena sambutan ini tiga bulan lepas," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Lim mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat yang memetik Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melyau Pulau Pinang Mohd Nor Suhaili Jamali yang mendedahkan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang sebelum ini diadakan setiap tahun.

---

MISCOMMUNICATION OR MANIPULATION ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan