Ahad, Februari 07, 2010

SEMENANJUNG MALAYSIA SETAKAT INI MENGALAMI KEKURANGAN DOKTOR 45 PERATUS MANAKALA SABAH DAN SARAWAK HAMPIR 80 PERATUS.

Ketat syarat pengambilan doktor

Syor sesi temu duga uji kebolehan pegawai perubatan muda hadapi tekanan

MELAKA: Kementerian Kesihatan kini berusaha mengurangkan bilangan pegawai perubatan termasuk doktor muda di hospital kerajaan yang menghadapi masalah mental akibat persekitaran dan beban kerja yang bertambah rumit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ada segelintir pegawai perubatan dan doktor seluruh negara ketika ini dikesan mengalami masalah itu dengan majoritinya akibat tekanan bebanan dan persekitaran di tempat kerja masing-masing.

Sehubungan itu, katanya, bagi mengatasi masalah berkenaan, satu mekanisme baru bagi memilih calon pegawai perubatan akan dicadangkan kepada kerajaan dalam tempoh terdekat ini bertujuan memilih calon yang benar-benar layak untuk berdepan cabaran hebat tugas bidang perubatan.

"Saya secara peribadi akan mencadangkan kepada kerajaan supaya setiap calon bidang perubatan yang akan memasuki universiti ditemuduga dengan menilai aspek kemahiran lain selain keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan," katanya kepada media selepas majlis pecah tanah Kolej Pergigian di Kolej Perubatan Manipal Melaka, di sini, semalam.

Kolej Pergigian membabitkan blok baru setinggi 10 tingkat, berharga RM50 juta yang dijangka siap pada Mac 2011 bagi membolehkan kolej berkenaan bagi menempatkan doktor pelatih bagi tahun ketiga hingga kelima fakulti berkenaan.

Hadir sama Timbalannya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Azmi Hashim dan Ketua Eksekutif Kolej Perubatan Manipal Melaka, Prof Dr Abdul Razzak Mohd Said.

Ismail berkata, kaedah temu duga ke atas calon bidang perubatan juga dirasakan lebih berkesan bagi memastikan setiap kemahiran calon dapat dinilai sebelum layak diterima mengikuti bidang itu.

Katanya, sistem pengambilan terus berdasarkan keputusan cemerlang yang diamalkan sekarang kurang tepat kerana ada segelintir graduan bidang perubatan sebenarnya tidak berminat dan menyertai kerjaya itu atas dorongan keluarga atau sebab lain.

"Untuk menjadi seseorang doktor yang baik, calon mestilah memiliki keseimbangan kemahiran, termasuklah kestabilan emosi, kemahiran berkomunikasi dan menjadi pendengar yang baik," katanya.

Selain itu, satu pasukan khas bagi memberi motivasi kepada doktor dan pegawai perubatan bermasalah juga sudah digerakkan seluruh negara untuk menyuntik semangat baru kepada mereka.

Mengulas lanjut mengenai kekurangan doktor di negara ini beliau berkata, Semenanjung Malaysia setakat ini mengalami kekurangan 45 peratus manakala Sabah dan Sarawak hampir 80 peratus.

---

No oncologists in four states

Three doctors killed in crash

Tiada ulasan:

Catat Ulasan