Ahad, Februari 07, 2010

SATU GEMPA BUMI LEMAH BERUKURAN 2.6 PADA SKALA RICHTER DIKESAN DI SABAH, AWAL PAGI INI.

Gempa Bumi Lemah Di Sabah Awal Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di Sabah, awal pagi ini.

Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi ini.

Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.

----

P.S. Ada terasa sedikit goyangan (bukan gegaran) pada malam tadi sekitar masa yang di nyatakan diatas. Perasaan pening-pening lalat saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan