Rabu, Februari 03, 2010

KU LI SEDIA LEPASKAN JAWATAN MP GUA MUSANG JIKA PEMUDA UMNO KELANTAN DAPAT MEMBERI JAMINAN MENGEKALKAN KERUSI KAWASAN BERKENAAN MILIK BN

“Ku Li boleh letak jawatan sebagai Ahli Parlimen pada bila-bila masa, tetapi beliau risau jika berbuat demikian Umno tidak akan menang di Gua Musang (dalam pilihan raya kecil).

“Bagaimanapun, jika Pemuda Umno yakin boleh menang, Ku Li rela letak jawatan,”

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian menyarankan Tengku Razaleigh melepaskan jawatan dan menyertai Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat lebih sesuai dengan sikap serta pendiriannya.

Bekas Menteri Kewangan itu juga menganggap Ketua Pemuda Umno Kelantan itu terlalu muda dan tidak faham perjuangan asal Umno, sekali gus tidak wajar mendesak Ku Li meletak jawatan dan menyertai pembangkang.

“Pemuda Umno sebenarnya tidak faham isu yang diperjelaskan Ku Li, malah mereka tidak melihat dari sudut yang tersirat.

“Penjelasan Ku Li berhubung isu royalti minyak untuk kebaikan rakyat Kelantan supaya rakyat di negeri dikuasai pembangkang itu akan berterima kasih dan kemudian menyokong Kerajaan Pusat kerana apa yang mereka kehendaki dipenuhi,”

Pegawai Khas Tengku Razaleigh, Muhd Lukhman Ghani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan