Jumaat, Februari 12, 2010

JIKA PEMIMPIN TIDAK JUJUR SUDAH TENTU MEREKA TIDAK DAPAT MENGUASAI DAN MENGAWAL RAKYAT DI BAWAH JAGAAN MASING-MASING

Pemimpin masyarakat harus jujur semasa jalankan tugas: Bobbey

11th February, 2010 NABAWAN: Pemimpin masyarakat yang telah dilantik kerajaan seperti Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung harus jujur semasa menjalankan tugas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Bobbey Suan berkata, apabila pemimpin jujur mereka dapat menguasai dan mengawal rakyat yang dipimpin.

Katanya, jika pemimpin tidak jujur sudah tentu mereka tidak dapat menguasai dan mengawal rakyat di bawah jagaan masing-masing.

“Justeru itu pemimpin masyarakat perlu mempunyai kewibawaan supaya mereka dihormati oleh rakyat yang dipimpin,”

Bobbey yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata, pemimpin masyarakat terutama ketua kampung juga memainkan peranan mengawal keamanan dan keselamatan di peringkat kampung.

Yang lebih penting katanya, adalah setiap tindakan yang dilakukan haruslah berlandaskan perundangan yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Jika dapat katanya, biarlah masalah atau perselisihan anak-anak buah di bawah jagaan masing-masing diselesaikan di peringkat kampung terlebih dahulu.

“Tindakan ketua kampung yang terus membawa masalah ke Mahkamah Anak Negeri adalah kurang tepat kerana sepatutnya ada masalah yang boleh diselesaikan oleh ketua kampung,” jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan