Jumaat, Februari 12, 2010

KASTAM PEROLEHI RM475J DARI PELBAGAI CUKAI TAHUN LALU

Kastam perolehi RM475j dari pelbagai cukai tahun lalu

12th February, 2010 KOTA KINABALU: Sebanyak RM475 juta telah diperolehi oleh Kastam Negeri Sabah bagi tahun 2009 dari pelbagai cukai yang dikenakan dalam negeri ini.

Pengarah Kastam Negeri Sabah, Datuk Haji Md. Yusop Haji Mansor berkata, jumlah itu meningkat sebanyak RM46 juta berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM426 juta.

Katanya, peningkatan tersebut hasil daripada pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihaknya kepada semua rakan niaga seperti membuat perjanjian persefahaman, menyelesaikan masalah bersama melalui meja rundingan dan sebagainya.

Tambah beliau, daripada pelbagai cukai yang dikenakan, cukai perkhidmatan dan cukai petroleum merupakan antara jenis cukai yang menyumbang ke arah kenaikan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan