"Tindakan mereka menghantar SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kepada saya jelas menunjukkan tindakan terdesak pemimpin Umno dan BN.
"Bagi saya tindakan mereka itu sangat tidak berfaedah dan sia-sia. Bagi saya perkara sebegini akan hanya merosakkan kredbiliti mereka,”
"Selain SMS, saya juga ada terima panggilan telefon. Saya anggap SMS dan panggilan itu, sekadar satu pelawaan biasa dan cubaan untuk memancing saya sahaja.
"Ingin saya tekankan sekali lagi, bahawa saya akan terus setia bersama PKR mempertahankan dasar perjuangan parti bersama-sama PAS dan DAP,"
"Hatta daripada mereka yang pernah ada dalam Kabinet pun ada.Cuma butirannya tidak perlulah saya dedahkan sekarang,"
"Saya ada bukti, SMS yang dihantar kepada saya pun saya masih simpan. Kalau mereka betul mereka boleh nafikan dakwaan ini,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan