Awas! Amaran keras bagi penulis blog yang cuba menghina atau menghasut pihak tertentu.
Jika sebelum ini penulis blog yang berbuat demikian mudah terlepas setelah memadamkan sesuatu entri tetapi kali ini SKMM berkemampuan mengesan kembali data itu menerusi peralatan khas.
"Cakera padat berkenaan akan dibawa ke makmal dan data yang dipadamkan itu akan 'ditarik' balik melalui perkakasan khas untuk ditentukan sama ada ia datang dari e-mel atau laman sembang atau web tertentu.
"SKMM telah memiliki peralatan ini baru-baru ini tetapi saya akui industri teknologi maklumat ini sentiasa berubah, akan ada teknologi baru setiap hari,"
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan