Sabtu, Januari 16, 2010

" MASYARAKAT NEGARA INI TERUTAMA PENGANUT KRISTIAN TIDAK BOLEH MENYALAHKAN UMNO MAHUPUN ORANG MELAYU BERHUBUNG KEJADIAN ITU. " SAYA TAHU UMNO TIDAK TERLIBAT DALAM PERBUATAN ITU. SAYA JUGA TAHU AGAMA ISLAM TIDAK MENGAJAR PENGANUTNYA UNTUK MEMBAKAR RUMAH IBADAT PENGANUT AGAMA LAIN, "

Jangan salahkan UMNO - Murugiah

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah (gambar) menasihati rakyat supaya tidak menyalahkan UMNO berhubung kejadian membakar beberapa gereja di seluruh negara baru-baru ini.

Ia kerana, beliau percaya terdapat pihak ketiga yang tidak dikenali menjadi dalang dalam kejadian itu.

"Masyarakat negara ini terutama penganut Kristian tidak boleh menyalahkan UMNO mahupun orang Melayu berhubung kejadian itu.

"Saya tahu UMNO tidak terlibat dalam perbuatan itu. Saya juga tahu agama Islam tidak mengajar penganutnya untuk membakar rumah ibadat penganut agama lain," katanya.

"Kejadian pembakaran gereja adalah satu perkara yang amat serius di negara ini dan pihak berkuasa harus menjalankan siasatan secepat mungkin," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan