Sabtu, Januari 16, 2010

"KITA AKAN SENTIASA MEMANTAU KEADAAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA. JUSTERU RAKYAT DAN PELANCONG DIMINTA UNTUK BERTENANG DAN TIDAK PERLU BIMBANG KERANA KITA SENTIASA BERJAGA-JAGA,"

Polis Tingkat Kawalan Keselamatan Di Sabah

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Polis menasihati rakyat tempatan dan pelancong asing agar bertenang dan memberi jaminan akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan pantai dan pulau di sekitar Sabah sebagai langkah berjaga-jaga ekoran pengeluaran satu "warden notice" daripada pejabat kedutaan Amerika Syarikat di sini bahawa anasir jahat akan menyerang pelancong asing di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kawalan ketat akan sentiasa dijalankan dalam memastikan negara bebas daripada segala bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara.

"Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negeri itu untuk meningkatkan lagi kawalan di kawasan pantai dan pulau di sekitar Sabah terutama Semporna, Mabul dan Sipadan.

"Kita akan sentiasa memantau keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya. Justeru rakyat dan pelancong diminta untuk bertenang dan tidak perlu bimbang kerana kita sentiasa berjaga-jaga," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau diminta mengulas mengenai notis itu yang memberi amaran bahawa kumpulan penjenayah dan pengganas sedang merancang untuk menyerang rakyat asing di pulau-pulau di sekitar Sabah.

Kenyataan kedutaan itu menggesa agar langkah berjaga-jaga diutamakan dalam membuat sebarang perjalanan ke kawasan pedalaman di timur Sabah termasuk Semporna dan pulau Mabul serta Sipadan.

Nasihat perjalanan itu berkata kumpulan militan Abu Sayaf yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda yang berpangkalan di selatan Filipina, yang mudah didatangi dengan bot ke Sabah telah menculik warga asing daripada kawasan resot di Sabah tidak lama dahulu.

"Warden Notice" merupakan pemberitahuan rutin yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat keduaan di seluruh dunia mengenai kemungkinan risiko buat keselamatan pelancong.

Ia bukan nasihat perjalanan atau amaran perjalanan yang boleh dianggap sebagai lebih menyeluruh yang merangkumi ancaman yang lebih serius dan berterusan.

Amaran atau nasihat perjalanan hanya dikeluarkan selepas perbincangan dengan kerajaan terlibat diadakan.

----

THE UNITED STATES WARNED ITS CITIZENS FRIDAY THAT CRIMINALS AND TERRORISTS COULD BE PLOTTING ATTACKS ON FOREIGNERS IN SABAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan