Khamis, Januari 14, 2010

KERAJAAN TELAH MENETAPKAN TEMPOH 14 HARI BAGI SEMUA JABATAN, AGENSI KERAJAAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN UNTUK MENJAWAB SURAT DAN PERTANYAAN,

Kerajaan Tetapkan 14 Hari Bagi Jabatan, Agensi Jawab Surat - Murugiah

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kerajaan telah menetapkan tempoh 14 hari bagi semua jabatan, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk menjawab surat dan pertanyaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

Katanya kerajaan memandang serius mengenai perkara itu dan Biro Pengaduan Awam (BPA) memantau rapi situasi berkenaan.

Beliau menggesa mereka yang belum menerima sebarang maklum balas dalam tempoh ditetapkan itu supaya memaklumkannya ke pejabat BPA yang berhampiran melalui surat, e-mel, faksimili, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau datang sendiri ke pejabat BPA.

"Kita memberi jaminan kepada rakyat, BPA akan mengambil aduan itu dengan secepat mungkin dan memberikan maklum balas semula kepada si pengadu," katanya kepada Bernama Khamis.

Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Perdana Menteri sendiri akan memantau semua jabatan dan agensi kerajaan dalam menyelesaikan permintaan rakyat dari semasa ke semasa untuk memastikan tindak balas daripada jabatan dan agensi kerajaan menepati masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan